Tarikh | : 3 / 08 / 2022 |
Masa | : 3.00 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi | : PEDi Taman Prestij II |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Tujuan adalah untuk membantu guru tadika PASTI membuat editing video secara lebih kreatif dan animasi. Di dalam slot ini, petugas memberi tunjuk ajar kepada guru tadika cara editing menggunakan aplikasi di telefon bimbit iaitu INSHOT.
Aktiviti
1. Di dalam slot ini, petugas membantu komuniti untuk membuat video sempena Hari Sukan Tadika PASTI.
2. Petugas membimbing dari segi cara untuk memilih video, pemilihan muzik dan saiz tulisan, serta masukkan maklumat yang penting seperti tajuk video, sub video dan lain-lain.
3. Kemudian masukkan gambar, dan tentukan durasi masa.
4. Petugas membimbing cara untuk memuat turun video yang telah disiapkan.
5. Selesai
Tarikh | : 3 / 08 / 2022 |
Masa | : 9.00 Pagi - 1.00 Tengahari |
Lokasi | : Pejabat Amanah Ikhtiar |
Peserta |
: 20 orang |
Tujuan
Di dalam slot ini komuniti setempat diberi taklimat advokasi Klik dengan Bijak ''Maklumat Palsu''. Objektif latihan seperti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti setempat mengenai penggunaan internet secara selamat dan berhemah. Program ini diadakan adalah untuk mempromosikan Pusat Internet kepada komuniti serta memberi taklimat mengenai 'Maklumat Palsu' iaitu sejenis hebahan, propaganda yang terdiri daripada penyebaran maklumat salah atau olok-olok secara sengaja melalui media, sama ada akhbar tradisional, media penyiaran mahupun media sosial melalui dalam talian. Antara contohnya seperti penyebaran palsu mengenai Covid-19 yang banyak berlaku sejak akhir-akhir ini.
Aktiviti
1. Petugas memberi penerangan sedikit mengenai Klik Dengan Bijak (Oversharing) di laman web https://klikdenganbijak.my/
2. Kemudian, petugas menerangkan mengenai apa itu Klik Dengan Bijak kepada komuniti serta menerangkan jenis maklumat palsu yang terdapat di laman media sosial.
3. Terdapat sedikit kuiz selingan untuk kefahaman.
4.Selesai
Tarikh | : 25.7.2022 |
Masa | : 4.00 pagi - 6.00 Petang |
Lokasi | : PEDi Taman Prestij II |
Peserta | : 3 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih para pelajar peringkat rendah yang berada di dalam komuniti di kawasan ini. Latihan ini bertujuan untuk memahirkan pelajar dengan penggunaan komputer di dalam kehidupan seharian mereka. Pelajar diberikan pendedahan dengan penggunaan mewarna menggunakan medium online.
Aktiviti :
1. Petugas melayari laman web http://www.supercoloring.com/
2. Para pelajar diuji mewarna secara online dengan rujukan gambar yang telah tersedia.
3. Pelajar mewarna mengikut daya kreativiti sendiri.
4. Selesai dan cetak
Tarikh | : 1.08.2022 |
Masa | : 10.00 pagi - 11.00 Pagi |
Lokasi | : PEDi Taman Prestij II |
Peserta | : 5 orang |
Tujuan
Mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan persediaan sebelum memulakan majlis bersama komuniti. Antara isu yang dibincangkan ialah permit mengadakan majlis, berkenaan jemputan, serta penyertaan komuniti dalam setiap pertandingan yang diadakan. Mesyuarat dijalankan bersama ahli panel penasihat yang terdiri dari Penghulu Pejabat Daerah Barat Daya, Pegawai Belia & Sukan serta ketua kampung Jalan Bharu.
Aktiviti :
1. Petugas membentangkan isu-isu yang hendak dibincangkan.
2. Panel penasihat memberi idea serta berkongsi pengalaman mengadakan majlis.
3. Petugas dan panel penasihat mencapai kata kesepakatan.
4. Selesai
Tarikh | : 24.7.2022 |
Masa | : 10.00 pagi - 1.00 Petang |
Lokasi | : PEDi Taman Prestij II |
Peserta | : 2 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih para pelajar peringkat rendah yang berada di dalam komuniti di kawasan ini. Latihan ini bertujuan untuk memahirkan pelajar dengan penggunaan Bahasa Inggeris di dalam kehidupan seharian mereka. Pelajar diberikan pendedahan dengan penggunaan tatabahasa (grammar) di dalam kehidupan seharian mereka. Latihan yang diberikan telah diuji dengan cabaran menjawab kuiz di dalam bentuk e-learning. Latihan ini telah dikendalikan oleh petugas dengan jayanya.
Aktiviti :
1. Petugas melayari laman web https://www.equiz.me/.
2. Para pelajar diuji menggunakan bentuk soalan yang terdapat di kuiz tersebut.
3. Pelajar menjawab soalan.
4. Selesai dan cetak soalan beserta jawapan.