Tarikh | : 20.9.2022 |
Masa | : 4.00 petang - 6.00 Petang |
Lokasi | : PEDi Taman Prestij II |
Peserta | : 2 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih para pelajar peringkat rendah yang berada di dalam komuniti di kawasan ini. Latihan ini bertujuan untuk memahirkan para pelajar untuk mempelajari menggunakan medium e-pembelajaran. Latihan yang diberikan telah diuji dengan cabaran menjawab kuiz di dalam bentuk e-learning. Latihan ini telah dikendalikan oleh petugas dengan jayanya.
Aktiviti :
1. Petugas melayari laman web https://wordwall.net/ms-my/community/matematik
2. Para pelajar diuji menggunakan bentuk soalan yang terdapat di kuiz tersebut.
3. Pelajar menjawab soalan.
4. Selesai
Tarikh | : 19 / 09 / 2022 |
Masa | : 10.00 pagi - 2.00 petang |
Lokasi | : PEDi Taman Prestij II |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih usahawan yang berada di kalangan komuniti Taman Prestij II terutamanya golongan usahawan untuk mereka Business Card didalam perniagaan mereka. Business card merupakan antara item yang paling penting dalam perniagaan usahawan. Ia menjadi penghubung antara usahawan dengan pelanggan yang sedia ada dan bakal pelanggan dimasa akan datang
Aktiviti :
Di dalam slot ini, petugas memberi pendedahan cara-cara untuk usahawan mereka kad perniagaan:
1. Petugas membimbing usahawan untuk membuka aplikasi Canva dan menerangkan kepada usahawan mengenai saiz , margin, potrait, landscape dan sebagainya.
2. Petugas membimbing usahawan untuk memilih saiz tulisan dan jenis tulisan yang mahu digunakan seperti Times New Roman, Arial dan sebagainya.
3. Usahawan menghasilkan kad mengikut template yang disediakan dan mengikut kreativitinya.
4. Selesai. Usahawan memuat turun kad perniagaan yang disediakan.
Tarikh | : 9 / 09 / 2022 |
Masa | : 9.00 petang - 1.00 petang |
Lokasi | : PEDi Taman Prestij II |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih usahawan untuk membuat pendaftaran di Google Business, petugas memberi tunjuk ajar kepada usahawan berkaitan pemasaran produk dalam talian menggunakan platform Google Business. Google Business ialah satu aplikasi untuk memperkenalkan perniagaan penduduk setempat secara percuma serta memudahkan pelanggan untuk mengetahui lokasi perniagaan tersebut. Aplikasi ini dapat memudahkan para usahawan baru untuk meningkatkan jualannya di dalam platform ini.
Aktiviti :
Di dalam slot ini, petugas memberi pendedahan cara-cara untuk usahawan membuka akaun jualan di aplikasi Shopee:
1. Petugas membimbing usahawan untuk membuka aplikasi Google Business
2. Seterusnya usahawan perlu Sign Up menggunakan email Google yang aktif.
3. Petugas membimbing usahawan cara membuat pendaftaran iaitu memasukkan nama perniagaan, alamat, poskod dan lain-lain lagi.
4. Serta usahawan perlu memuatnaik gambar produk yang dijual.
5. Seterusnya klik pada bahagian simpan serta usahawan perlu menunggu selama 5 hari untuk akaun Google Business itu diverifikasi.
6. Selesai
Tarikh | : 13 / 09 / 2022 |
Masa | : 11.00 pagi - 2.00 petang |
Lokasi | : PEDi Taman Prestij II |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih usahawan yang berada di kalangan komuniti Taman Prestij II terutamanya golongan usahawan untuk menggunakan Microsoft Office Words didalam perniagaan mereka. Aplikasi ini dapat memudahkan para usahawan untuk menaip dokumen, menyimpan sebarang dokumen perniagaan dengan mudah dan pantas.
Aktiviti :
Di dalam slot ini, petugas memberi pendedahan cara-cara untuk usahawan menggunakan Microsoft Office Words:
1. Petugas membimbing usahawan untuk membuka Microsoft Office Word dan menerangkan kepada usahawan mengenai saiz , margin, potrait, landscape dan sebagainya.
2. Petugas membimbing usahawan untuk memilih saiz tulisan dan jenis tulisan yang mahu digunakan seperti Times New Roman, Arial dan sebagainya.
3. Usahawan belajar menghasilkan kotak , memasukkan imej ke dalam dokumen yang ditulis.
4. Selesai. Usahawan mencetak dokumen yang dihasilkan.
Tarikh | : 9.9.2022 |
Masa | : 4.00 petang - 6.00 Petang |
Lokasi | : PEDi Taman Prestij II |
Peserta | : 4 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih para pelajar peringkat rendah yang berada di dalam komuniti di kawasan ini. Latihan ini bertujuan untuk menerapkan sifat patriotisme dalam kehidupan mereka. Seiring sempena Bulan Kemerdekaan. Latihan yang diberikan telah diuji dengan cabaran menjawab kuiz di dalam bentuk e-learning. Latihan ini telah dikendalikan oleh petugas dengan jayanya.
Aktiviti :
1. Petugas melayari laman web https://wordwall.net/ms-my/community/bi
2. Para pelajar diuji menggunakan bentuk soalan yang terdapat di kuiz tersebut.
3. Pelajar menjawab soalan.
4. Selesai