Tarikh | : 16 / 10 / 2022 |
Masa | : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : PEDi Taman Prestij II |
Peserta |
: 3 orang |
Tujuan
PEDi Taman Prestij II juga menyediakan perkhidmatan kelas tuisyen secara online iaitu diajar oleh guru-guru yang berkaliber dengan menggunakan zoom meeting. Terdapat pelbagai subjek yang ditawarkan antaranya Subjek asas, malahan terdapat juga kelas bahasa antarabangsa.
Aktiviti
1. Petugas membimbing komuniti iaitu dengan membuka link zoom meeting.
2. Kemudian, pelajar menghadiri kelas tersebut serta dibekalkan dengan modul.
3. Selesai.
Tarikh | : 15.10.2022 |
Masa | : 2.00 petang - 5.00 Petang |
Lokasi | : PEDi Taman Prestij II |
Peserta | : 5 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih para pelajar peringkat rendah yang berada di dalam komuniti di kawasan ini. Latihan ini bertujuan untuk memahirkan para pelajar untuk mempelajari menggunakan medium e-pembelajaran. Latihan yang diberikan ialah melatih para pelajar mahir menggunakan papan kekunci di komputer
Aktiviti :
1. Petugas melayari laman web https://www.typingbee.com/speed-typing.html
2. Para pelajar diuji menggunakan permainan interaktif di laman web tersebut.
3. Pelajar bermain permainan interaktif tersebut berdasarkan masa yang diberi.
4. Selesai
Tarikh | : 10/ 10 / 2022 |
Masa | : 3.00 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi | : PEDi Taman Prestij II |
Peserta |
: 5 orang |
Tujuan
Tujuan adalah untuk memastikan pengguna dari kalangan komuniti Taman Prestij ini yang terdiri dari pelajar sekolah rendah dan menengah dapat mengenali setiap komponen komputer dan perkakasan yang terdapat di PEDi. Malahan, melalui latihan ini dapat menambahkan pengetahuan ICT kepada pelajar-pelajar ini.
Aktiviti
1. Petugas membuka pembentangan bergambar kepada pelajar-pelajar untuk latihan ini.
2.Kemudian, petugas menerangkan pendahuluan mengenai apa itu komputer dengan menerangkan melalui visual bergambar dan sedikit animasi.
3. Seterusnya, petugas menjalankan aktiviti permainan meneka perkakasan komputer supaya pelajar dapat berfikir dengan lebih kreatif dan dapat mengingati perkakasan dengan lebih mudah.
4. Akhir sekali, petugas menjalankan aktiviti meneka silang kata Apa itu Komputer untuk pelajar.
5. Selesai
Tarikh | : 11/ 10 / 2022 |
Masa | : 4.00 Petang - 6.00 Petang |
Lokasi | : PEDi Taman Prestij II |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Tujuan adalah untuk membimbing usahawan membuat kertas rancangan perniagaan bagi memohon geran Agropreneur Muda. Kertas Rancangan Perniagaan ialah kertas kerja ini juga disediakan sebagai satu perancangan untuk pelaksanaan projek serta menjadi garis panduan dalam menguruskan perniagaan untuk pihak pengurusan, supaya syarikat ini berjalan dan berkembang mengikut seperti yang telah dirancang.
Aktiviti
1. Petugas meneliti format kertas rancangan perniagaan yang diperlukan.
2.Kemudian, petugas membimbing usahawan untuk nyatakan dengan jelas tujuan penyediaan kertas rancangan perniagaan.
3. Seterusnya, nyatakan objektif dan matlamat yang ingin dicapai .
4. Disamping itu, masukkan butiran perniagaan, kos kewangan, kaedah pemasaran dan sebagainya.
5. Kertas Rancangan Perniagaan dicetak.
6.Selesai.
Tarikh | : 9.10.2022 |
Masa | :3.00 petang - 6.00 Petang |
Lokasi | : PEDi Taman Prestij II |
Peserta | : 1 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih para belia yang baru tamat sekolah untuk menghadiri temuduga. Latihan ini bertujuan untuk mempekenalkan kepada belia cara untuk menyusun fail resume bagi menghadiri temuduga.
Aktiviti :
1. Petugas membimbing belia untuk membuka aplikasi Microsoft Word Office.
2. Para belia dilatih untuk membuat border dan meletakkan ayat bagi susunan fail resume,
3. Belia memasukkan butiran peribadi dan akhir sekali mencetak hasil kerjanya.
4. Selesai