Tujuan  

Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk melatih pelajar peringkat rendah yang berada di dalam komuniti di kawasan ini. Pertandingan ini bertujuan untuk memahirkan pelajar dengan penggunaan papan kekunci dan ayat-ayat bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu di dalam kehidupan seharian mereka. Pelajar diadili dengan siapa yang paling terpantas menulis perkataan-perkataan menggunakan papan kekunci.

Aktiviti :

1. Petugas melayari laman web https://10fastfingers.com/

2. Para pelajar diuji bertanding siapa yang paling terpantas menulis ayat-ayat yang tertera.

3. Pelajar bertanding dengan masa yang diberikan.

4.  Selesai dan penentuan pemenang

 

GAMBAR DISINI


 

 

Tarikh : 13/ 08 / 2022
Masa : 9.00 Pagi -  11.00 Pagi
Lokasi : PEDi Taman Prestij II
Peserta

: 15 orang

 

Tujuan  

Tujuan kelas lestari ICT ini adalah sempena Hari Bersama Komuniti Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia. Malahan intipati kelas ini adalah untuk melatih para pelajar peringkat rendah yang berada di dalam komuniti di kawasan ini. Kelas ini bertujuan untuk memahirkan pelajar dengan menggunakan medium ict dalam melakar tulisan kaligrafi. Malahan memantapkan penggunaan komputer di dalam kehidupan seharian mereka. Pelajar diberikan pendedahan dengan penggunaan melakar dengan rujukan yang tertera di laman web. Antara khat yang dipelajari ialah Khat Nasakh, Tuluth dan sebagainya. Bengkel ini telah dihadiri oleh pelajar-pelajar dari SK Tan Sri Awang Had Salleh.

Aktiviti :

1. Tenaga pengajar mengarahkan pelajar melayari laman web Google.com bagi mengetahui jenis-jenis khat.

2. Para pelajar menggunakan aplikasi seperti Youtube untuk melihat secara visual khat tersebut.

3. Tenaga pengajar memaparkan di skrin LCD cara melakar satu persatu.

4.  Pelajar mengenal huruf dan melukis kaligrafi tulisan khat tersebut. 

5. Selesai

 

GAMBAR DISINI


 

 

Tujuan

Tujuan ini adalah untuk membantu warga emas dalam penulisan  surat secara rasmi. Ianya merupakan salah satu cara medium untuk menyampaikan maklumat kepada pihak yang berkenaan. Penulisan surat juga dapat melatih warga emas supaya lebih cekap dalam menggunakan microsoft office. Seterusnya, dapat memberikan kemahiran baru kepada warga emas tentang format surat kiriman rasmi dan lain-lain, 

Aktiviti : 

1. Petugas membimbing belia membuka aplikasi Microsoft Office Word. 

2. Kemudian, petugas menerangkan terdapat saiz lejar surat dan bagi surat rasmi ialah saiz A4.

3.  Petugas menerangkan format surat kiriman rasmi iaitu perlukan nama, alamat dan tarikh penerima dan penulis.

4. Belia menaip surat dengan dibantu oleh petugas dengan penyusunan kata , saiz tulisan, format yang betul.

5. Setelah siap menaip surat itu disimpan di dalam dokumen dan dicetak.

6. Selesai

 

GAMBAR DISINI 


 

Tarikh : 12/ 08 / 2022
Masa : 10.00 Pagi -  12.00 Tengahari
Lokasi : PEDi Taman Prestij II
Peserta

: 15 orang

 

Tujuan  

Tujuan pertandingan ini adalah sempena Hari Bersama Komuniti Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia. Malahan intipati pertandingan ini adalah untuk melatih para pelajar peringkat rendah yang berada di dalam komuniti di kawasan ini. Pertandingan ini bertujuan untuk memahirkan pelajar dengan penggunaan komputer di dalam kehidupan seharian mereka. Pelajar diberikan pendedahan dengan penggunaan mewarna menggunakan medium online. Pelajar mewarna Jalur Gemilang sempena Bulan Kemerdekaan.

Aktiviti :

1. Petugas melayari laman web http://www.supercoloring.com/

2. Para pelajar diuji mewarna secara online dengan rujukan gambar yang telah tersedia.

3. Pelajar mewarna mengikut daya kreativiti sendiri.

4.  Selesai dan cetak

 

GAMBAR DISINI


 

Tarikh : 4.8.2022
Masa : 10.00 pagi - 1.00 Petang
Lokasi : PEDi Taman Prestij II
Peserta :  2 orang

 

Tujuan  

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih para pelajar peringkat rendah yang berada di dalam komuniti di kawasan ini. Latihan ini bertujuan untuk memahirkan pelajar dengan penggunaan Bahasa Inggeris di dalam kehidupan seharian mereka. Pelajar diberikan pendedahan dengan penggunaan tatabahasa (grammar) di dalam kehidupan seharian mereka. Latihan yang diberikan telah diuji dengan cabaran menjawab kuiz di dalam bentuk e-learning. Latihan ini telah dikendalikan oleh petugas dengan jayanya.

Aktiviti :

1. Petugas melayari laman web https://wordwall.net/ms/community/tahun-2/kuiz-bm

2. Para pelajar diuji menggunakan bentuk soalan yang terdapat di kuiz tersebut.

3. Pelajar menjawab soalan.

4.  Selesai dan cetak soalan beserta jawapan.

 

GAMBAR DISINI