Tujuan  

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk membimbing usahawan kontraktor untuk membeli tender secara atas talian. E-tender ini membolehkan usahawan untuk membeli tender/ sebutharga yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya. 

Aktiviti :

1. Petugas membimbing usahawan melayari laman web https://tender.jkr.gov.my/site/login

2. Kemudian, usahawan mencari tender-tender terpilih yang dikehendaki olehnya.

3. Pembelian tender dibeli secara atas talian.

4.  Selesai.

 

GAMBAR DISINI


 

 

Tujuan  

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih usahawan untuk menjana pendapatan tambahan dengan menjadi affliate di tiktok shop. TikTok memperkenalkan feature terbaru iaitu TikTok Shop, platform terbaik untuk pengguna membeli pelbagai barangan, di samping turut memberikan lebih banyak peluang kepada peniaga untuk membuat pengiklanan serta menjana trafik. Serta untuk mereka yang tidak ada kedai di TikTok boleh bantu peniaga lain mempromosikan barangan dan dapatkan komisen dengan menjadi affiliate. 

Aktiviti :

1. Petugas membimbing komuniti membuka aplikasi Tiktok 

2. Kemudian, Pergi ke Tab Profile (icon orang). 

3. Seterusnya, Klik Menu (icon burger) di bahagian kanan atas dan pilih creator tools

4.  Klik TikTok shop, dan pada ikon Apply dan jika berjaya akan terpapar tab baru ditambah iaitu (icon shop)

5. Selesai

 

GAMBAR DISINI


 

 

Tujuan  

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih para pelajar peringkat menengah yang berada di dalam komuniti di kawasan ini. Latihan ini bertujuan untuk memahirkan para pelajar untuk mempelajari menggunakan microsoft office word untuk membuat surat kiriman rasmi bagi urusan surat menyurat. Latihan yang diberikan adalah mempelajari format surat kiriman rasmi.

Aktiviti :

1. Petugas membimbing pelajar membuka Microsoft Office Word

2. Kemudian, para pelajar dibimbing oleh petugas untuk mengetahui ikon yang terdapat di microsoft word.

3. Pelajar dibimbing menulis surat kiriman rasmi berdasarkan penerangan yang diberi oleh petugas.

4.  Selesai, pelajar mencetak latihan yang dibuat.

 

GAMBAR DISINI


 

 

 

Tujuan

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih usahawan yang berada di kalangan komuni Taman Prestij II untuk mendaftar akaun e-vendor.  E-vendor ialah sistem pendaftaran untuk pembekal dan individu yang berurusan dengan Kerajaan. Pengguna e-vendor terdiri dari kalangan pembekal bagi skop bidang kerja/perunding yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan tidak termasuk dalam skop yang berdaftar dengan ePerolehan dan eBantuan. Pembekal kategori ini boleh membuat pendaftaran secara online di eVENDOR.

 

Aktiviti : 

Di dalam slot ini, petugas memberi pendedahan cara-cara untuk mendaftar akaun e-vendor :

1) Petugas membimbing usahawan untuk melayari laman web https://evendor.anm.gov.my/

2) Kemudian klik pada bahagian 'Daftar'

3) usahawan perlu mengisi ruangan maklumat diri, nombor ssm, serta cawangan bank.

4) Selesai.

 

GAMBAR DISINI


 

Tarikh : 10 / 03 / 2023
Masa : 10.00 Pagi - 1.00 Tengahari
Lokasi : PEDi Taman Prestij II
Peserta

: 2 orang

 

Tujuan

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk membantu komuniti untuk membuat pembelian laporan CTOS. Laporan CTOS menyediakan laporan lengkap berkaitan seperti status kebankrapan peminjam, tindakan undang-undang dan kes-kes mahkamah yang sedang berlansung atas nama peminjam. Selain itu, ia juga menyediakan maklumat berkaitan perniagaan individu, pemilikan perniagaan (jika ada), penglibatan dalam aktiviti kewangan perniagaan dan sebagainya.

 

Aktiviti

1. Petugas membimbing komuniti untuk melayari laman web https://ctosid.ctos.com.my/ctosid_new/LoginPage

2. Seterusnya, petugas membimbing komuniti untuk memasukkan no kad pengenalan serta kata laluan.

3. Kemudian, komuniti membuat pembelian laporan skor kredit ctos yang tertera di halaman CTOS secara pembayaran atas talian.

4. Petugas mencetak skor kredit CTOS

5. Selesai

 

GAMBAR DISINI