Tujuan

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih usahawan yang berada di kalangan komuniti Taman Prestij II terutamanya golongan usahawan untuk menggunakan Microsoft Office Excell didalam perniagaan mereka.  Aplikasi ini dapat memudahkan para usahawan untuk membuat laporan kewangan, menyimpan sebarang dokumen perniagaan dengan mudah dan pantas. Usahawan diajar cara membuat bilangan nama dengan mudah menggunakan Microsoft Excell.

Aktiviti : 

1. Petugas membimbing usahawan untuk membuka Microsoft Office Word dan menerangkan kepada usahawan mengenai saiz , margin, potrait, landscape dan sebagainya.

2. Petugas membimbing usahawan untuk memilih saiz tulisan dan jenis tulisan yang mahu digunakan seperti Times New Roman, Arial dan sebagainya.

3. Usahawan belajar menghasilkan kotak , memasukkan imej ke dalam dokumen yang ditulis.

4. Selesai. Usahawan mencetak dokumen yang dihasilkan.

 

GAMBAR DISINI


 

Tarikh : 8/ 06 / 2023
Masa : 3.00 Petang - 6.00 Petang
Lokasi : PEDi Taman Prestij II
Peserta

: 2 orang

 

Tujuan

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih para pelajar peringkat rendah yang berada di dalam komuniti di kawasan ini. Latihan ini bertujuan untuk memahirkan para pelajar untuk mempelajari STEM menggunakan media.Antara kelebihan STEM ialah Memberi peluang kepada murid-murid menambahkan pengetahuan,   kemahiran dan pengalaman dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan   Matematik serta Teknologi Komunikasi dan Maklumat serta melahirkan individu yang berfikiran kritis dan kreatif serta berdaya saing.

 

Aktiviti :

1. Petugas melayari laman web https://wordwall.net/ms/community/stem

2. Para pelajar diuji menggunakan soalan yang terdapat di laman web tersebut.

3. Pelajar menjawab soalan  tersebut berdasarkan masa yang diberi.

4.  Selesai 

 

GAMBAR DISINI


 

Tarikh :4.06.2023
Masa :3.00 Petang - 5.00 Petang
Lokasi : PEDi Taman Prestij II
Peserta :  2 orang

 

Tujuan  

Tujuan adalah untuk membantu belia setempat yang sudah tamat belajar untuk membuat resume. Tujuan membuat resume untuk penyedian belia memohon pekerjaan dan seterusnya menghadiri temuduga. Latihan ini telah dikendalikan oleh petugas dengan jayanya.

Aktiviti :

1. Petugas membimbing belia menyediakan resume menggunakan aplikasi Microsoft Office Word

2. Petugas membimbing belia setempat pemilihan template, rekaan yang diingini sesuai dengan pekerjaan yang ingin dipohon.

3. Belia menulis butiran diri di dalam resume dan pemilihan teks serta warna.

4.  Muat turun resume dan cetak.

5. Selesai

 

GAMBAR DISINI


 

Tarikh :6.06.2023
Masa :10.00 Petang - 12.00 Petang
Lokasi : PEDi Taman Prestij II
Peserta : 1 orang

 

Tujuan

PEDi Taman Prestij II juga menyediakan perkhidmatan e-services antaranya ialah pendaftaran e-vendor Jabatan Akauntan Negara bagi Pembekal bukan SSM seperti yang berdaftar dengan ROS (pertubuhan), JAKIM (masjid), SKM (koperasi), dan lain-lain. Pembekal kategori ini perlu membuat pendaftaran secara online di laman web E-Vendor Jabatan Akauntan Negara dengan mengisi Borang Pendaftaran eVENDOR dan mengemukakan bersama dokumen sokongan seperti dinyatakan dalam borang tersebut. Perkhidmatan ini disediakan bagi penduduk sekitar supaya memudahkan urusan mereka dan menjimatkan masa.

 

Aktiviti : 

1. Petugas melayari laman web https://evendor.anm.gov.my/

2. Kemudian, petugas mendaftar akaun iaitu perlu meletakkan email dan kata laluan. 

3. Petugas klik pada pendaftaran iaitu perlu memasukkan butiran peribadi.

4.  Borang dicetak beserta borang-borang pendaftaran tersebut.

5. Selesai.

 

GAMBAR DISINI


 

 

 

Tujuan

PEDi Taman Prestij membantu komuniti dalam mengemaskini maklumat Darjah satu bagi memasuki sesi persekolahan. Perkhidmatan ini disediakan bagi penduduk sekitar supaya memudahkan urusan mereka  dan menjimatkan masa. Antara dokumen yang perlu dibawa ketika pendaftaran ialah buku rekod kesihatan anak, slip gaji pemohon, sijil lahir anak, bil utiliti, kad pengenalan ic ibu bapa, dan surat nikah. 

Aktiviti : 

1. Petugas melayari laman web https://idme.moe.gov.my/login

2. Kemudian, petugas mendaftar akaun iaitu perlu meletakkan nombor kad pengenalan dan kata laluan. 

3. Petugas mengisi borang permohonan dengan memasukkan butiran peribadi anak, ibu-bapa, alamat tempat tinggal serta sekolah yang ingin dipohon. 

4. Permohonan dihantar dan klik pada tanda 'teruskan' 

5.  Borang permohonan dicetak

6. Selesai

 

GAMBAR DISINI