Tarikh | : 7 / 05 / 2023 |
Masa | : 2.00 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi | : PEDi Taman Prestij II |
Peserta |
: 4 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah membantu pelajar sekolah menengah menyiapkan slide pembentangan kepada pihak sekolah untuk melengkapkan tugasan yang diberikan.
Aktiviti :
1. Petugas membantu pelajar cara untuk menghasilkan slide pembentangan iaitu dari segi cara untuk membina slide, animasi, gambar.
2. Kemudian, petugas mengajar cara menghasilkan animasi seperti gif kepada slide tersebut supaya terlihat lebih kreatif dan menarik.
3. Pelajar memasukkan teks dan gambar mengikut kreativitinya tersendiri.
4. Selesai petugas mencetak slide pembentangan tersebut.
Tarikh | : 6 / 05 / 2023 |
Masa | : 9.00 Tengahari - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : PEDi Taman Prestij II |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
PEDi Taman Prestij II juga menyediakan perkhidmatan e-services antaranya ialah pendaftaran Prasekolah dan Darjah satu bagi memasuki sesi persekolahan. Perkhidmatan ini disediakan bagi penduduk sekitar supaya memudahkan urusan mereka dan menjimatkan masa. Antara dokumen yang perlu dibawa ketika pendaftaran ialah buku rekod kesihatan anak, slip gaji pemohon, sijil lahir anak, bil utiliti, kad pengenalan ic ibu bapa, dan surat nikah.
1. Petugas melayari laman web https://idme.moe.gov.my/
2. Kemudian, petugas mendaftar akaun iaitu perlu meletakkan nombor kad pengenalan dan kata laluan.
3. Petugas mengisi borang permohonan dengan memasukkan butiran peribadi anak, anak, maklumat perihal ibu-bapa, alamat tempat tinggal serta sekolah yang ingin dipohon.
4. Permohonan dihantar dan klik pada tanda 'teruskan'
5. Borang permohonan dicetak
6. Selesai
Tarikh | : 16/ 04 / 2023 |
Masa | : 2.00 Petang - 5.00 petang |
Lokasi | : PEDi Taman Prestij II |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Tujuan adalah membantu komuniti membuat pendaftaran kwsp i-cagar. Cagaran KWSP ini bermaksud pencarum dibenarkan untuk membuat cagaran bank dengan menggunakan wang simpanan yang terdapat di dalam akaun KWSP pencarum. Namun, hanya individu pencarum yang memenuhi syarat kelayakan sahaja dibenarkan menggunakan caruman mereka sebagai cagaran bagi tujuan pembiayaian kewangan.
Aktiviti
Di dalam slot ini, petugas membantu komuniti membuat pendaftaran cagaran KWSP i-cagar.
1. Petugas membimbing komuniti membuka laman web https://www.kwsp.gov.my/
2. Kemudian log masuk KWSP i-akaun.
3. Seterusnya, klik pada bahagian FSA2 yang terletak dibahagian atas portal.
4. Petugas membimbing komuniti mengisi maklumat yang diperlukan.
5. Selesai & mencetak.
Tarikh | : 16 / 04 / 2022 |
Masa | : 6.00 Petang - 9.00 Malam |
Lokasi | : Rhu Homestay Tanjung Tokong |
Peserta |
: 30 Orang |
Tujuan
Di dalam slot ini komuniti kampung warisan diberi taklimat keusahawanan oleh Pusat Ekonomi Digital. Objektif latihan seperti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti kampung warisan akan cara menjana wang menggunakan platform pemasaran atas talian. Program ini diadakan adalah untuk mempromosikan Pusat Ekonomi Digital kepada komuniti serta memberikan taklimat keusahawanan secara pemasaran digital. Selaras dengan peranan yang berfungsi untuk meningkatkan pendapatan melalui platform e-dagang dan dalam talian.
Aktiviti:
Di dalam slot ini, petugas memberi pendedahan mengenai fungsi PEDi kepada komuniti serta cara komuniti menceburi bidang pemasaran atas talian.
1. Petugas memberi penerangan kepada komuniti mengenai apa itu PEDi serta fungsi dan manfaatnya kepada komuniti.
2. Kemudian, petugas berkongsi maklumat mengenai cara memasarkan produk menggunakan aplikasi atas talian seperti Shopee, Google Business, Facebook Page, dan lain-lain lagi.
3. Sesi soal jawab
4. Bersurai
Tarikh | : 16/ 04 / 2023 |
Masa | : 2.00 Petang - 5.00 petang |
Lokasi | : PEDi Taman Prestij II |
Peserta |
: 6 orang |
Tujuan
Tujuan adalah membantu pelajar untuk mahir menggunakan kemudahan ICT yang disediakan di Pusat Ekonomi Digital di samping melatih pelajar menghasilkan kad ucapan digital menggunakan perisian online seperti CANVA.COM
Aktiviti
Di dalam slot ini, petugas membantu Pelajar sekolah dari segi cara-cara menghasilkan kad ucapan digital dengan cara menghasilkan ucapan, memasukkan gambar serta muzik dengan menggunakan animasi yang menarik mengikut kreativiti masing-masing.
1. Petugas membimbing pelajar untuk membuka aplikasi Canva dan memilih template sampul duit raya.
2. Pelajar menghasilkan sampul duit raya mengikut template yang disediakan dan mengikut kreativitinya.
3. Selesai. Pelajar memuat turun sampul duit raya yang disediakan.