Tarikh | : 23 / 06 / 2023 |
Masa | : 9.00 Pagi - 10.30 Pagi |
Lokasi | : PEDi Taman Prestij II |
Peserta |
: 23 orang |
Tujuan
Di dalam slot ini pelajar diberi taklimat advokasi Klik dengan Bijak ''Mendidik anak dengan bijak'. Objektif latihan seperti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai Zaman digital memerlukan ibu bapa untuk sentiasa mendidik anak mereka tentang keselamatan dalam talian. Internet adalah tempat yang bermanfaat untuk kanak-kanak belajar dan bermain, namun ia juga mengandungi ancaman yang boleh memberi kesan negatif kepada mereka. Contohnya, berkawan dengan seseorang yang menggunakan profil palsu menjadi sasaran buli siber, mempercayai maklumat palsu, dan terlebih berkongsi maklumat peribadi.
Aktiviti
1. Petugas memberi penerangan sedikit mengenai Klik Dengan Bijak (Mendidik anak dengan bijak) di laman web https://klikdenganbijak.my/
2. Kemudian, petugas menerangkan mengenai apa itu Klik Dengan Bijak kepada pelajar.
3. Terdapat sedikit aktiviti selingan iaitu mewarna sempena bulan Hari Raya Aidiladha
4.Selesai.
Tarikh | : 19 / 06 / 2023 |
Masa | : 2.30 petang - 3.30 petang |
Lokasi | : Zoom Meeting MSD |
Peserta |
: 4 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih usahawan yang berada di kalangan komuniti Taman Prestij terutamanya golongan usahawan untuk menambah pendapatan. Didalam slot latihan keusahawanan ini usahawan diberikan taklimat asas dalam pengurusan sumber manusia. Antara tanggungjawab usahawan sebagai majikan dalam pengambilan pekerja ialah menyediakan Kontrak Kerja & Skop tugas yang jelas, membayar gaji mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Akta, Menyediakan Latihan, serta menyediakan ruang kerja yang bersesuaian, selesa dan selamat serta menjaga kebajikan dan keselamatan pekerja.
Aktiviti :
Di dalam slot ini, petugas memberi pendedahan taklimat kepada usahawan untuk mengetahui asas kewangan IKS:
1. Petugas membimbing usahawan dengan membuka link yang diberikan iaitu https://msd-net-my.zoom.us/j/84355584127?pwd=cGpvVWlPaTBPT21GNHAyQkw0Q05UUT09
2. Seterusnya usahawan mendengar taklimat yang diberikan antaranya ialah mengenai modul asas pengurusan sumber manusia iaitu merangkumi kepada tiga topik iaitu pengambilan pekerja, kontrak perkhidmatan serta pengurusan gaji.
3. Pertanyaan soalan
6. Selesai
Tarikh | : 17.06.2023 |
Masa | : 9.00 petang - 11.00 Petang |
Lokasi | : PEDi Taman Prestij II |
Peserta | : 1 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih komuniti di kawasan ini. Latihan ini bertujuan untuk memahirkan komuniti untuk mempelajari menggunakan microsoft office word untuk membuat surat kiriman rasmi bagi urusan surat menyurat. Latihan yang diberikan adalah mempelajari format surat kiriman rasmi.
Aktiviti :
1. Petugas membimbing komuniti membuka Microsoft Office Word
2. Kemudian, komuniti dibimbing oleh petugas untuk mengetahui ikon yang terdapat di microsoft word.
3. Pelajar dibimbing menulis surat kiriman rasmi berdasarkan penerangan yang diberi oleh petugas.
4. Selesai, komuniti mencetak latihan yang dibuat.
Tarikh | : 18 / 06 / 2023 |
Masa | : 9.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : PEDi Taman Prestij II |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih usahawan yang berada di kalangan komuniti Taman Prestij terutamanya golongan usahawan untuk menambah pendapatan. Didalam slot latihan keusahawanan ini, petugas memberi tunjuk ajar kepada usahawan bagaimana untuk membina facebook page. Antara kelebihan mendaftar Facebook Page ialah mendapatkan target pelanggan yang betul kerana jika usahawan memasukkan maklumat perniagaan dengan lengkap seperti nombor telefon, lokasi kedai & waktu operasi. Jadi, apabila pelanggan pergi ke page anda, mereka hanya perlu pilih produk & PM anda untuk bayar sahaja
Aktiviti :
Di dalam slot ini, petugas memberi pendedahan cara-cara untuk usahawan membuka akaun jualan Facebook Page:
1. Petugas membimbing usahawan untuk membuka aplikasi Facebook Page
2. Seterusnya usahawan perlu Sign Up menggunakan email Google yang aktif.
3. Petugas membimbing usahawan cara membuat pendaftaran iaitu memasukkan nama perniagaan, alamat, poskod dan lain-lain lagi.
4. Serta usahawan perlu memuatnaik gambar produk yang dijual.
5. Seterusnya petugas membimbing cara membuat Posting pertama untuk jualan
6. Selesai
Tarikh | : 15 / 06 / 2023 |
Masa | : 3.00 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi | : PEDi Taman Prestij |
Peserta |
: 3 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih para pelajar peringkat rendah yang berada di dalam komuniti di kawasan ini. Latihan ini bertujuan untuk memahirkan pelajar dengan penggunaan Bahasa Inggeris di dalam kehidupan seharian mereka. Pelajar diberikan pendedahan dengan penggunaan tatabahasa (grammar) di dalam kehidupan seharian mereka. Latihan yang diberikan telah diuji dengan cabaran menjawab kuiz di dalam bentuk e-learning. Latihan ini telah dikendalikan oleh petugas dengan jayanya.
Aktiviti
Didalam slot modul ini para pelajar diuji dengan menjawab soalan berbentuk kuiz yang memberikan fokus kepada konsep e-learning. Pelajar diberikan satu tempoh tertentu untuk menjawab soalan yang diberikan.
1. Petugas membimbing pelajar membuka https://wordwall.net/ms-my/community/bi-quiz
2. Petugas membimbing pelajar melakukan kuiz secara online, dan membaca maklumat interaktif yang disediakn
3. Pelajar mempelajari dan membuat kuiz secara online.
4. Selesai