Tarikh | : 8 / 08 / 2023 |
Masa | : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : PEDi Taman Prestij II |
Peserta |
: 2 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih usahawan untuk menambah pendapatan. Petugas memberi tunjuk ajar kepada usahawan terutamanya kepada golongan usahawan berkaitan pemasaran produk dalam talian menggunakan platform Facebook Marketplace. Facebook Marketplace ialah satu aplikasi e-dagang yang mempunyai pelbagai fungsi dari jualan barang, pembelian barang, dan lain-lain. Aplikasi ini dapat memudahkan para usahawan baru untuk meningkatkan jualannya di dalam platform ini.
Aktiviti :
Di dalam slot ini, petugas memberi pendedahan cara-cara untuk usahawan membuka akaun jualan di aplikasi Shopee:
1. Petugas membimbing usahawan cara untuk membuka akaun di aplikasi iaitu dapat mendapat dengan menggunakan aplikasi Facebook.
2. Seterusnya klik pada bahagian penjuru kanan iaitu 'Marketplace'.
3. Petugas membimbing usahawan cara untuk masukkan gambar dengan klik pada bahagian sell dan perlu memuatnaik gambar-gambar produk yang hendak dijual.
4. Serta usahawan perlu mengetahui pilihan-pilihan penjualan barang antaranya seperti barang perkakasan rumah, kenderaan, hartanah atau rumah untuk disewa.
5. Petugas membimbing usahawan untuk meletakkan tajuk jualan yang menarik, harga, kategori barang, kondisi barang tersebut dan sedikit deskripsi barang.
6. Lokasi jualan juga harus ditetapkan mengikut tempat usahawan tersebut dan akhirnya klik pada bahagian siar.
7. Selesai.
Tarikh | : 6 / 08 / 2023 |
Masa | : 10.00 Pagi - 3.00 Petang |
Lokasi | : Shan Children Home |
Peserta |
: 20 orang |
Tujuan
Pedi Taman Prestij II turut bekerjasama dengan Jabatan Penerangan Timur Laut Pulau Pinang dalam menyampaikan taklimat mengenai Klik dengan Bijak sempena bulan kemerdekaan ini. Antara perkongsian yang diberikan ialah 'Fikir sebelum Bertindak'. Buli siber adalah sejenis gangguan dalam talian sama ada dalam bentuk teks, imej, video atau audio yang mengancam, memalukan atau menakutkan seseorang melalui medium elektronik seperti mesej teks (SMS), chatting, e-mel, laman web sosial, telefon bimbit atau permainan internet.
Di samping itu, program sebegini dapat mempromosikan Pusat Ekonomi Digital dalam komuniti setempat. Secara tidak langsung, komuniti setempat tahu akan kewujudan Pusat Ekonomi Digital yang berdekatan dan meningkatkan prestasi pelajar berkenaan dengan penggunaan teknologi maklumat. Program seperti ini juga dapat merapatkan hubungan antara petugas dan komuniti setempat. Turut diselitkan aktiviti selingan iaitu kuiz.
Aktiviti
1. Petugas memberi penerangan sedikit mengenai Klik Dengan Bijak.
2. Kemudian, petugas menerangkan mengenai apa itu Klik Dengan Bijak dengan menayangkan video kepada komuniti serta menerangkan jenis-jenis penyalahgunaan di internet.
3. Terdapat sedikit kuiz selingan untuk kefahaman.
4.Selesai
Tarikh | : 5 / 08 / 2023 |
Masa | : 10.00 Pagi - 3.00 Petang |
Lokasi | : Kembara Riuh Pulau Pinang Juru Auto City |
Peserta |
: 20 orang |
Tujuan
Program klik dengan bijak (KDB) yang dianjurkan bersama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diadakan untuk memberikan kesedaran tentang betapa pentingkan menggunakan internet dengan cara betul. Ini bagi mengelakkan penyalahgunaan internet dan maklumat peribadi. Tambahan pula, ia juga bertujuan untuk mendidik para peserta golongan muda khasnya supaya lebih berhati-hati apabila melayari laman sosial seperti Facebook, Instagram, Youtube dan sebagainya. Ianya adalah untuk memberi kesedaran dan juga menasihati para peserta supaya tidak terlalu oversharing maklumat diri mereka di laman sosial dan kesan bahayanya oversharing.
Di samping itu, program sebegini dapat mempromosikan Pusat Ekonomi Digital dalam komuniti setempat. Secara tidak langsung, komuniti setempat tahu akan kewujudan Pusat Ekonomi Digital yang berdekatan dan meningkatkan prestasi pelajar berkenaan dengan penggunaan teknologi maklumat. Program seperti ini juga dapat merapatkan hubungan antara petugas dan komuniti setempat. Turut diselitkan bersama jualan dari usahawan PEDi serta aktiviti-aktiviti selingan.
Aktiviti
1. Petugas memberi penerangan sedikit mengenai Klik Dengan Bijak.
2. Kemudian, petugas menerangkan mengenai apa itu Klik Dengan Bijak dengan menayangkan video kepada komuniti serta menerangkan jenis-jenis penyalahgunaan di internet.
3. Terdapat sedikit kuiz selingan untuk kefahaman.
4.Selesai
Tarikh | : 6 / 08 / 2023 |
Masa | : 2.15 Petang - 3.15 Petang |
Lokasi | : PEDi Taman Prestij II |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
PEDi Taman Prestij II juga menyediakan perkhidmatan kelas tuisyen secara online iaitu diajar oleh guru-guru yang berkaliber dengan menggunakan zoom meeting. Terdapat pelbagai subjek yang ditawarkan antaranya Subjek asas, malahan terdapat juga kelas bahasa antarabangsa.
Aktiviti
1. Petugas membimbing komuniti iaitu dengan membuka link zoom meeting.
2. Kemudian, pelajar menghadiri kelas tersebut serta dibekalkan dengan modul.
3. Selesai.
Tarikh | : 5 / 8 / 2023 |
Masa | : 3.00 Petang- 5.00 Petang |
Lokasi | : PEDi Taman Prestij II |
Peserta |
: 4 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih para pelajar peringkat rendah yang berada di dalam komuniti di kawasan Taman Prestij ini. Latihan ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan menguji kepantasan para pelajar ini dengan penggunaan media interaktif dalam menaip samada dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris. Latihan ini membolehkan pelajar mahir menulis dengan menggunakan papan kekunci.
Aktiviti :
1. Petugas membantu pelajar dengan membuka laman web https://10fastfingers.com/
2. Kemudian, pelajar menaip mengikut tahap kemampuan masing-masing. Antara peringkat menaip ialah beginner, intermediate dan pro.
3. Aktiviti selingan pelajar diberikan kuiz KDB.
4. Selesai.