Tarikh : 15/ 09 / 2023
Masa : 3.00 petang - .500 petang
Lokasi : PEDi Taman Prestij II
Peserta

: 5 orang

 

Tujuan

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih para pelajar peringkat rendah yang berada di dalam komuniti di kawasan Taman Prestij ini. Latihan ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan menguji kepantasan para pelajar ini dengan penggunaan media interaktif dalam menaip samada dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris. Latihan ini membolehkan pelajar mahir menulis dengan menggunakan papan kekunci. 

Aktiviti : 

1. Petugas membantu pelajar dengan membuka laman web https://10fastfingers.com/

2. Kemudian, pelajar menaip mengikut tahap kemampuan masing-masing. Antara peringkat menaip ialah beginner, intermediate dan pro.

3. Aktiviti selingan pelajar diberikan kuiz KDB.

4. Selesai.

 

GAMBAR DISINI


 

Tarikh : 12 / 09 / 2023
Masa : 9.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : Sk Teluk Kumbar
Peserta

: 30 orang

 

Tujuan

Tujuan program ini diadakan adalah untuk melatih pelajar mengetahui cara penggunaan internet dengan selamat da berhemah serta memupuk sifat cintakan tanahair dan menyemai sifat patriotisme dari kalangan murid-murid sejak dari peringkat rendah lagi.

Aktiviti :

1. Petugas memberikan penerangan mengenai KDB sempena hari Malaysia kepada pelajar.

2. Seterusnya, selingan kuiz sempena Hari Malaysia.

4.  Aktiviti bergambar & Selesai.


GAMBAR DISINI


 

 

Tarikh : 11.9.2023
Masa : 2.00 petang - 5.00 Petang
Lokasi : PEDi Taman Prestij II
Peserta : 3 orang

 

Tujuan

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih usahawan untuk membuat pendaftaran di Google Business, petugas memberi tunjuk ajar kepada usahawan berkaitan pemasaran produk dalam talian menggunakan platform Google Business. Google Business ialah satu aplikasi untuk memperkenalkan perniagaan penduduk setempat secara percuma serta memudahkan pelanggan untuk mengetahui lokasi perniagaan tersebut. Aplikasi ini dapat memudahkan para usahawan baru untuk meningkatkan jualannya di dalam platform ini. 

Aktiviti : 

Di dalam slot ini, petugas memberi pendedahan cara-cara untuk usahawan meletakkan alamat perniagaan di Google Business:

1. Petugas membimbing usahawan untuk membuka aplikasi Google Business

2. Seterusnya usahawan perlu Sign Up menggunakan email Google yang aktif. 

3. Petugas membimbing usahawan cara membuat pendaftaran iaitu memasukkan nama perniagaan, alamat, poskod dan lain-lain lagi.

4. Serta usahawan perlu memuatnaik gambar produk yang dijual.

5. Seterusnya klik pada bahagian simpan serta usahawan perlu menunggu selama 5 hari untuk akaun Google Business itu diverifikasi.

6. Selesai

 

GAMBAR DISINI


 

 

Tujuan  

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih usahawan bagi mengadakan mesyuarat menggunakan aplikasi online iaitu Zoom Meeting. Zoom ialah aplikasi komunikasi menggunakan video. Aplikasi ini boleh digunakan pada pelbagai peranti mudah alih, desktop, telefon dan sistem bilik. Secara umum, pengguna menggunakan aplikasi ini untuk menjalankan mesyuarat dan persidangan video dan audio.

 Aktiviti :

1. Petugas membimbing usahawan membuat pendaftaran akaun Zoom Meeting.

2. Seterusnya, usahawan mendaftar menggunakan email gmail yang didaftar.

3. Usahawan menulis butiran mesyuarat iaitu dengan memasukkan butiran tajuk mesyuarat, tarikh serta masa.

4.  Akhir sekali usahawan menerima butiran mesyuarat iaitu terdapat kod meeting dan kata laluan.

5. Selesai

 

GAMBAR DISINI