Tarikh | : 25 / 09 / 2023 |
Masa | : 2.00 Petang - 4.00 Petang |
Lokasi | : PEDi Taman Prestij II |
Peserta |
: 3 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih pelajar yang berada di dalam komuniti di kawasan ini. Pembelajaran STEM adalah pendekatan interdisiplin yang mengintegrasikan teknologi, kejuruteraan dan matematik ke dalam paradigma pembelajaran yang lebih bermakna. Antara manfaat pembelajaran stem ialah mencetus budaya rekacipta dan inovasi di peringkat sekolah lagi serta meningkatkan daya kreativiti, sikap berbudaya saing dan cuba jaya dalam kalangan murid.
Aktiviti :
1. Petugas membimbing pelajar mengadakan eksperimen kapal terbang straw dengan hasil tersendiri.
2. Para pelajar diberikan penerangan mengenai bahan-bahan yang diperlukan untuk mengadakan eksperimen ini.
3. Para pelajar membuat eksperimen dengan mengikuti tutorial yang terdapat di laman web https://www.youtube.com/watch?v=htrW7E3o2Vw
4. Ruangan soalan & Selesai.
Tarikh | : 25 / 09 / 2022 |
Masa | : 9.00 Pagi - 11.00 Tengahari |
Lokasi | : PEDi Taman Prestij II |
Peserta |
: 2 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah membantu pelajar belajar proses memindahkan dokumen daripada kertas iaitu kaedah tradisional menjadi data digital berupa fail, sedangkan scanner adalah alat untuk scan dokumen. Antara manfaatnya ialah menyimpan dokumen di komputer, menghantar dokumen dalam bentuk PDF atau JPEG melalui e-mel, serta kurangkan penggunaan kertas.
Aktiviti :
1. Petugas membantu pelajar cara membuka aplikasi mengimbas dokumen iaitu Images to Pdf
2. Kemudian, petugas membimbing pelajar cara untuk mengimbas dengan menggunakan kamera yang terdapat pada tablet.
3. Dokumen dipindahkan menjadi dalam bentuk pdf.
4. Selesai.
Tarikh | : 24 / 09 / 2023 |
Masa | : 3.30 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi | : PEDi Taman Prestij II |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
PEDi Taman Prestij II juga menyediakan perkhidmatan kelas tuisyen secara online iaitu diajar oleh guru-guru yang berkaliber dengan menggunakan zoom meeting. Terdapat pelbagai subjek yang ditawarkan antaranya Subjek asas, malahan terdapat juga kelas bahasa antarabangsa antaranya ialah Bahasa Mandarin.
Aktiviti
1. Petugas membimbing komuniti iaitu dengan membuka link zoom meeting.
2. Kemudian, pelajar menghadiri kelas tersebut serta dibekalkan dengan modul.
3. Selesai.
Tarikh | 24 / 09 / 2023 |
Masa | : 3.30 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : PEDi Taman Prestij II |
Peserta |
: 6 orang |
Tujuan adalah untuk membimbing usahawan untuk beralih daripada perniagaan kaedah tradisional kepada digital. Digital Marketing atau pemasaran digital ialah tindakan mempromosi produk dan perkhidmatan secara dalam talian. Usahwan perlu menguar-uarkan perniagaan melalui medium digital seperti website, media sosial, juga marketplace terkemuka seperti Shopee dan Lazada dan banyak lagi.
Aktiviti
1. Petugas membuka slide mengenai asas Digital Marketing.
2.Kemudian, petugas membimbing usahawan untuk mewujudkan akaun pemasaran digital bagi tujuan menjual produk dan sebagainya.
4. Usahawan diajar cara memasarkan produk melalui digital dan sebagainya.
5.Selesai.
Tarikh | : 23 / 09 / 2023 |
Masa | : 2.00 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi | : PEDi Taman Prestij II |
Peserta |
: 2 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih pelajar yang berada di dalam komuniti di kawasan ini. Pembelajaran STEM adalah untuk melihat sejauh mana perkembangan dan kefahaman pelajar terhadap ilmu coding serta corak pemikiran kritis dan KBAT
Aktiviti :
1. Petugas membimbing pelajar membuka aplikasi https://code.hatchxr.com/
2. Para pelajar diberikan penerangan pengenalan kepada cara untuk coding.
3. Para pelajar mengikuti tutorial yang diterangkan.
4. Selesai