Tarikh | : 1.11.2023 |
Masa | : 4.00 petang - 6.00 Petang |
Lokasi | : PEDi Taman Prestij II |
Peserta | : 5 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih komuniti di kawasan ini. Latihan ini bertujuan untuk memahirkan komuniti untuk mengetahui komponen-komponen yang terdapat di dalam komputer serta memahirkan jari untuk menggunakan papan kekunci.
Aktiviti :
1. Petugas membimbing komuniti dengan menerangkan pengenalan mengenai komputer.
2. Kemudian, komuniti dibimbing oleh petugas untuk mengetahui komponen, ikon yang terdapat dalam komputer.
3. Pelajar dibimbing untuk melatih jari dengan menggunakan aplikasi ini https://play.typeracer.com/
4. Selesai.
Tarikh | : 23 / 10 / 2023 |
Masa | : 2.00 Petang - 4.00 Petang |
Lokasi | : PEDi Taman Prestij II |
Peserta |
: 4 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih pelajar yang berada di dalam komuniti di kawasan ini. Pembelajaran STEM adalah untuk melihat sejauh mana perkembangan dan kefahaman pelajar terhadap ilmu coding serta corak pemikiran kritis dan KBAT
Aktiviti :
1. Petugas membimbing pelajar membuka aplikasi https://code.org/
2. Para pelajar diberikan penerangan pengenalan cara coding diagram untuk menghasilkan contohnya animasi bergerak.
3. Para pelajar mengikuti satu persatu cara coding menggunakan tutorial yang dibimbing oleh petugas.
4. Selesai
Tarikh | : 21 / 10 / 2023 |
Masa | : 3.00 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi | : PEDi Taman Prestij |
Peserta |
: 4 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih para pelajar peringkat rendah yang berada di dalam komuniti di kawasan ini. Latihan ini bertujuan untuk memahirkan pelajar dengan memperkenalkan asas pembelajaran secara atas talian dan pelajar di ajar menggunakan website untuk membuat latihan ulangkaji. Pelajar diberikan pendedahan cara menggunakan tablet untuk memasuki akaun DELIMa. DELIMa merupakan platform tunggal yang menyediakan sumber-sumber pembelajaran yang boleh digunakan oleh para pelajar dan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran, dan ia boleh diakses menggunakan akaun Google sedia ada.
Aktiviti
Didalam slot modul ini para pelajar diuji dengan menjawab soalan yang memberikan fokus kepada konsep e-learning.
1. Petugas membimbing pelajar membuka https://d2.delima.edu.my/login
2. Petugas membimbing pelajar membuka akaun tersebut mengikut email serta kata laluan yang diberi oleh guru.
3. Pelajar membuka platform DELIMa tersebut dan terdapat aktiviti-aktiviti ulangkaji yang telah diberikan oleh cikgu secara online.
4. Pelajar menjawab kuiz, aktiviti yang disediakan.
5. Selesai
Tarikh | : 22 / 10 / 2023 |
Masa | : 4.30 petang - 6.00 petang |
Lokasi | : PEDi Taman Prestij II |
Peserta |
: 8 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih usahawan untuk menambah pendapatan, petugas memberi tunjuk ajar kepada usahawan berkaitan pemasaran produk dalam talian menggunakan platform shopee. Shopee ialah satu aplikasi e-dagang yang mempunyai pelbagai fungsi dari jualan barang, pembelian barang, perkhidmatan pembayaran bil dan lain-lain. Aplikasi ini dapat memudahkan para usahawan baru untuk meningkatkan jualannya di dalam platform ini.
Aktiviti :
Di dalam slot ini, petugas memberi pendedahan cara-cara untuk usahawan membuka akaun jualan di aplikasi Shopee:
1. Petugas membimbing usahawan cara untuk membuka akaun di aplikasi iaitu dapat mendapat dengan menggunakan nombor telefon, scan qr , akaun google, facebook atau instagram. Usahawan memilih untuk membuka menggunakan nombor telefon.
2. Seterusnya klik pada bahagian penjuru kiri iaitu 'start selling' .
3. Petugas membimbing usahawan cara untuk masukkan gambar produk-produk iaitu harus melebihi 5 gambar, video produk supaya menambahkan keyakinan pada pembeli serta masukkan info mengenai produk yang hendak dijual.
4. Serta usahawan perlu mengetahui shipping fee iaitu penghantaran (kurier) serta berat, saiz, dimensi produk tersebut. Antara pilihan kurier yang digunakan ialah Shopee Express, J&T, Poslaju dan sebagainya.
5. Memberi penerangan apa itu seller centre (usahawan boleh menggunakannya untuk mengedit, memuat naik, maklumat produk, memproses pesanan serta mengatur penghantaran, mengeluarkan wang, meningkatkan penjualan dan banyak lagi)
6. Cara memuat naik produk baru (tambah produk baru, tambah nama produk dan kategori produk, tambah penerangan produk, tambah imej produk, tambah maklumat penghantaran, tips untuk tambah variasi dan lain-lain )
7. Selesai
Tarikh | : 22 / 10 / 2023 |
Masa | : 2.00 Petang - 3.00 Petang |
Lokasi | : PEDi Taman Prestij II |
Peserta |
: 2 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih para komuniti di kawasan ini. Latihan ini bertujuan untuk melatih komuniti menggunakan perisian Adobe Reader. Adobe Reader ialah satu perisian untuk membaca dokumen dalam bentuk PDF. Melalui aplikasi ini para komuniti dapat mengisi dokumen dengan lebih mudah dan cepat.
Aktiviti
1. Petugas membimbing komuniti untuk memasukkan dokumen pdf ke dalam komputer iaitu menggunakan Google Mail.
2. Seterusnya, petugas mengajae cara-cara mengisi borang dengan menggunakan Adobe Reader iaitu dengan klik pada bahagian Fill & Sign untuk memasukkan Text.
3. Kemudian, petugas membimbing cara untuk meletakkan nombor, gambar, highlight dan sebagainya.
4. Akhir sekali, membimbing cara menyimpan dokumen PDF tersebut ke dalam Google Mail supaya memudahkan untuk akses.
5. Selesai.