Tarikh | : 07 / 12 / 2023 |
Masa | : 10.00 Tengahari - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : PEDi Taman Prestij |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Tujuan ini adalah untuk membantu komuniti dalam menulis surat secara rasmi. Ianya merupakan salah satu cara medium untuk menyampaikan maklumat kepada pihak yang berkenaan. Penulisan surat juga dapat melatih supaya lebih cekap dalam menggunakan microsoft office. Seterusnya, dapat memberikan kemahiran baru kepada komuniti tentang format surat kiriman rasmi dan lain-lain.
1. Petugas membimbing membuka aplikasi Microsoft Office Word.
2. Kemudian, petugas menerangkan terdapat saiz lejar surat dan bagi surat rasmi ialah saiz A4.
3. Petugas menerangkan format surat kiriman rasmi iaitu perlukan nama, alamat dan tarikh penerima dan penulis.
4. Komuniti menaip surat dengan dibantu oleh petugas dengan penyusunan kata , saiz tulisan, format yang betul.
5. Setelah siap menaip surat itu disimpan di dalam dokumen dan dicetak.
6. Selesai
Tarikh | : 3 / 12 / 2023 |
Masa | : 4.00 Petang - 6.00 Petang |
Lokasi | : PEDi Taman Prestij II |
Peserta |
: 3 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih pelajar yang berada di dalam komuniti di kawasan ini. Pembelajaran STEM adalah pendekatan interdisiplin yang mengintegrasikan teknologi, kejuruteraan dan matematik ke dalam paradigma pembelajaran yang lebih bermakna. Antara manfaat pembelajaran stem ialah mencetus budaya rekacipta dan inovasi di peringkat sekolah lagi serta meningkatkan daya kreativiti, sikap berbudaya saing dan cuba jaya dalam kalangan murid.
Aktiviti :
1. Petugas membimbing pelajar mengadakan eksperimen kapal terbang straw dengan hasil tersendiri.
2. Para pelajar diberikan penerangan mengenai bahan-bahan yang diperlukan untuk mengadakan eksperimen ini.
3. Para pelajar membuat eksperimen dengan mengikuti tutorial yang terdapat di laman web https://www.youtube.com/watch?v=oDVRM45d9q0
4. Ruangan soalan & Selesai.
Tarikh | : 3.12.2023 |
Masa | : 10.00 pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : PEDi Taman Prestij II |
Peserta | : 2 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk membimbing komuniti di kawasan ini. Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih usahawan untuk menambah pendapatan, petugas memberi tunjuk ajar kepada usahawan berkaitan pemasaran produk dalam talian menggunakan platform shopee. Shopee ialah satu aplikasi e-dagang yang mempunyai pelbagai fungsi dari jualan barang, pembelian barang, perkhidmatan pembayaran bil dan lain-lain. Aplikasi ini dapat memudahkan para usahawan baru untuk meningkatkan jualannya di dalam platform ini.
Aktiviti :
1. Petugas membimbing komuniti dengan menerangkan pengenalan mengenai apa itu aplikasi Shopee.
2. Kemudian, usahawan diberikan latihan cara untuk mendaftar affiliate Shopee.
3. Kemudian, petugas menerangkan cara untuk mendaftar nama, memasukkan platform media sosial dan lain-lain lagi.
4. Usahawan juga diajar asas untuk Copywriting bagi Affiliate Shopee
Tarikh | : 3/ 12 / 2023 |
Masa | : 2.00 petang - .4.00 petang |
Lokasi | : PEDi Taman Prestij II |
Peserta |
: 5 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih para pelajar peringkat rendah yang berada di dalam komuniti di kawasan Taman Prestij ini. Latihan ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan menguji kepantasan para pelajar ini dengan penggunaan media interaktif dalam menaip samada dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris. Latihan ini membolehkan pelajar mahir menulis dengan menggunakan papan kekunci.
Aktiviti :
1. Petugas membantu pelajar dengan membuka laman web https://10fastfingers.com/
2. Kemudian, pelajar menaip mengikut tahap kemampuan masing-masing. Antara peringkat menaip ialah beginner, intermediate dan pro.
3. Aktiviti selingan pelajar diberikan kuiz KDB.
4. Selesai.
Tarikh | : 2.12.2023 |
Masa | : 3.00 petang - 5.00 Petang |
Lokasi | : PEDi Taman Prestij II |
Peserta | : 5 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih komuniti di kawasan ini. Latihan ini bertujuan untuk memahirkan komuniti untuk mempelajari asas menggunakan peralatan elektronik seperti komputer dan tablet. Selain itu, meningkatkan tahap penggunaan ICT dalam kalangan komuniti.
Aktiviti :
1. Petugas membimbing komuniti mempelajari cara mendaftar alamat e-mel.
2. Kemudian, komuniti dibimbing untuk mendaftar akaun dengan meletakkan nama.
3. Seterusnya, komuniti diajar untuk menaip kata laluan mengikut format yang betul.
4. Selesai.