Tarikh : 17 / 11 / 2023 - 18 / 11 / 2023
Masa : 9.00 Pagi-  5.00 petang
Lokasi : PEDi Taman Prestij II
Peserta

: 80 orang

 

Tujuan

Hari Bersama Komuniti ini bertujuan untuk mempromosikan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia dan menggalakkan penyertaan menyeluruh komuniti terhadap aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia serta merapatkan hubungan komuniti dengan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia. Turut mengundang En.Khalid Bin Zakaria (Pengerusi Panel Penasihat PEDi) sebagai perasmi dan penutup program Mini Hari Bersama Komuniti Pusat Ekonomi Digital Taman Prestij II.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dianjurkan ialah:

  • -   Kelas Meroti Aneka Bun
    -   Kelas Keusahawanan Shopee How To Become A Seller
    -   Taklimat Kerjaya oleh PERKESO Pulau Pinang
    -   Taklimat Pengurusan Stress oleh LPPKN Pulau Pinang
    -   Pertandingan STEM Tangan Robotik
  • -   Kuiz PEDi Dewasa
    -   Kuiz PEDi Kanak-kanak

GAMBAR DISINI


 

Tarikh : 18 / 11 / 2023
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : PEDi Taman Prestij II
Peserta

: 15 orang

 

Tujuan

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih  pelajar yang berada di dalam komuniti di kawasan ini.  Pembelajaran STEM adalah untuk melihat sejauh mana perkembangan dan kefahaman pelajar terhadap ilmu coding serta corak pemikiran kritis dan KBAT. 

Aktiviti :

1. Petugas menerangkan peraturan pertandingan.

2. Para pelajar diberikan penerangan dengan melihat tutorial di laman web Youtube https://www.youtube.com/watch?v=c9FuPdl3xCE&t=176s.

3. Para pelajar diberi masa hanya 10 minit bagi melihat tutorial tersebut dan mereka perlu menghasilkan mengikut waktu yang ditetapkan. 

4.  Selesai


GAMBAR DISINI


 

Tarikh : 17 / 11 / 2023
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : PEDi Taman Prestij II
Peserta

: 25 orang

 

Tujuan

PERKESO bersama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Taman Prestij II Balik Pulau dan Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Balik Pulau telah mengadakan kolaborasi dengan mengadakan Program Career Talk bersempena dengan Mini Hari Terbuka Komuniti bertempat di Pusat Ekonomi Digital Taman Prestij II, Balik Pulau. Antara perkongsian maklumat ialah berkaitan topik peluang kerjaya yang relevan di masa hadapan, permintaan kerjaya di masa hadapan, hala tuju dan matlamat kerjaya dan Program Pasaran Kerja Aktif (ALMP) yang telah disampaikan oleh Ketua Unit Insurans Pekerjaan Mohd Hafiz Mohamad Ghazali. Pelajar-pelajar juga didedahkan dengan fungsi SIP PERKESO sebagai National Employment Services Provider, peluang-peluang latihan di bawah Program Daya Kerjaya TVET.

Aktiviti : 

1. Wakil PERKESO Pulau Pinang memberikan taklimat kerjaya kepada pelajar KKTM Balik Pulau.

2. Aktiviti selingan kuiz mengenai PEDi.

3. Selesai

 

GAMBAR DISINI 


 

Tarikh : 18 / 11 / 2023
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : PEDi Taman Prestij II
Peserta

: 20 orang

 

Tujuan

LPPKN Pulau Pinang bersama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Taman Prestij II Balik Pulau dan pelajar MRSM Balik Pulau telah mengadakan kolaborasi dengan mengadakan Program Pengurusan Stress bersempena dengan Mini Hari Terbuka Komuniti bertempat di Pusat Ekonomi Digital Taman Prestij II, Balik Pulau. Antara perkongsian maklumat ialah berkaitan cara-cara menangani stress yang dikendalikan oleh para doktor yang bertauliah.

Aktiviti : 

1. Wakil LPPKNPulau Pinang memberikan taklimat kerjaya kepada pelajar MRSM Balik Pulau.

2. Aktiviti selingan kuiz mengenai PEDi.

3. Selesai

 

GAMBAR DISINI 


 

 

Tujuan  

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih komuniti di kawasan ini. Latihan ini bertujuan untuk menambah kemahiran untuk menghasilkan roti bun sekali gus dapat menjana pendapatan para komuniti yang terlibat. Peserta didedahkan dengan pengenalan kepada peralatan memasak yang digunakan untuk pembuatan roti, bahan-bahan mentah mengikut resipi dan teknik serta praktikal cara menguli dan membakar bun. Antara bun yang dihasilkan ialah bun sosej, kacang merah, chicken floss dan lain-lain lagi.

Aktiviti :

1. Tenaga pengajar membimbing komuniti dengan menerangkan pengenalan mengenai bahan-bahan, peralatan dan sebagainya.

2. Kemudian, komuniti dibimbing untuk menimbang bahan-bahan untuk menjadikan doh bun.

3. Seterusnya, selesa doh mengembang, doh diuli dan dimasukkan ke dalam acuan untuk dibakar.

4.  Selesai.

 

GAMBAR DISINI