Tujuan  

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih usahawan untuk menjana pendapatan tambahan dengan mendaftar Whatsapp Business. WhatsApp Business membolehkan anda membuat profil perniagaan yang lengkap dengan pelbagai maklumat penting, seperti alamat, waktu bekerja, butiran perniagaan dan alamat e-mel. Ini boleh membantu pelanggan mendapatkan maklumat yang mereka perlukan dengan mudah dan memberikan imej profesional kepada perniagaan.

 Aktiviti :

1. Petugas membimbing komuniti untuk log masuk ke aplikasi Whatsapp Web.

2. Kemudian, di telefon akan terpapar sebuah kod QR khusus, dimana komuniti perlu mengimbasnya. Untuk mengimbas, buka aplikasi WhatsApp, dan pilih menu WhatsApp Web. Imbas kod QR berkenaan, dan akan log masuk ke perkhidmatan WhatsApp untuk digunakan melalui web.

3. Kemudian akan terpapar notifikasi, mesej yang terdapat di aplikasi Whatsapp.

4.  Komuniti boleh menggunakan whatsapp dengan lebih mudah menggunakan layar skrin yang lebih besar dan mempercepatkan urusan muat turun dokumen. 

5. Selesai

 

GAMBAR DISINI


 

 

Tujuan

Pedi Taman Prestij II berkolaborasi bersama BOOST Pulau Pinang bagi membimbing para usahawan untuk menyediakan pembayaran secara transaksi online bagi memudahkan pembayaran ketika membeli produk. Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah Payment Link iaitu menerima sebarang pembayaran menggunakan QR, Kad Kredit/Debit, FPX.

 

Aktiviti

1. Petugas BOOST menerangkan mengenai apa itu BOOST BIZ serta perkhidmatan yang terdapat di dalamnya.

2. Kemudian, petugas membantu usahawan untuk mendaftar , memasukkan butiran produk, alamat kedai dan sebagainya.

3. Sesi soal jawab

4.Selesai

 

GAMBAR DISINI 


 

Tarikh : 26 / 08 / 2023
Masa 12.00 pagi - 1.00 Petang
Lokasi : PEDi Taman Prestij
Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih para pelajar peringkat menengah yang berada di dalam komuniti di kawasan ini. Latihan ini bertujuan untuk memahirkan pelajar dengan penggunaan Bahasa Melayu di dalam kehidupan seharian mereka. Pelajar diberikan pendedahan dengan latihan sains menggunakan media. .Latihan yang diberikan telah diuji dengan cabaran menjawab soalan di dalam bentuk e-learning. Latihan ini telah dikendalikan oleh petugas dengan jayanya.

Aktiviti

Didalam slot modul ini para pelajar diuji dengan menjawab soalan berbentuk penulisan yang memberikan fokus kepada konsep e-learning. Pelajar diberikan satu tempoh tertentu untuk menjawab soalan yang diberikan.

1. Petugas membimbing pelajar membuka https://learn.clev3rplus.com/vlessons/form1

2. Petugas membimbing pelajar melakukan kuiz secara online, dan membaca maklumat interaktif yang disediakn

3. Pelajar mempelajari dan membuat kuiz secara online.

4.  Selesai 

 

GAMBAR DISINI


 

 

Tujuan

Pedi Taman Prestij II turut bekerjasama dengan PTPN Pulau Pinang dalam  mempromosikan Pusat Ekonomi Digital kepada komuniti setempat. Secara tidak langsung, komuniti setempat tahu akan kewujudan Pusat Ekonomi Digital yang berdekatan dan meningkatkan prestasi pelajar berkenaan dengan penggunaan teknologi maklumat. Program seperti ini juga dapat merapatkan hubungan antara petugas dan komuniti setempat. Turut diselitkan aktiviti selingan iaitu kuiz serta servis perkhidmatan online.

Aktiviti

1. Petugas memberi penerangan mengenai PEDi

2. Kemudian, petugas menerangkan jenis-jenis perkhidmatan yang terdapat di PEDi.

3. Terdapat sedikit kuiz selingan untuk kefahaman.

4.Selesai

 

GAMBAR DISINI 


 

 

Tarikh : 23 / 08 / 2023
Masa : 9.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : Tadika KEMAS Permatang Pasir
Peserta

: 16 orang

 

Tujuan

Tujuan program ini diadakan adalah untuk melatih  pelajar yang berada di dalam komuniti di kawasan ini.   Mereka cipta tanjak sempena bulan kemerdekaan dapat menanam sikap sayang dan cinta kepada sekolah dan seterusnya kepada negara. Antara manfaat pembelajaran stem ialah mencetus budaya rekacipta dan inovasi di peringkat tadika lagi serta meningkatkan daya kreativiti, sikap berbudaya saing dan cuba jaya dalam kalangan murid.

Aktiviti :

1. Petugas membimbing pelajar mewarna tanjak merdeka yang bertemakan Jalur Gemilang

2. Seterusnya, para pelajar diberikan penerangan untuk mengunting tanjak tersebut serta melekatkannya.

3. Para pelajar menggayakan tanjak yang sudah selesai dicipta menggunakan kreativiti sendiri.

4.  Aktiviti bergambar & Selesai.


GAMBAR DISINI