Tarikh : 16/ 06 / 2023
Masa : 10.00 Pagi - 1.00 Petang
Lokasi : PEDi Taman Prestij II
Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Tujuan adalah untuk memastikan pengguna dari kalangan komuniti Taman Prestij ini dapat mengisi Pendaftaran Baru Perniagaan Dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Antara kelebihan mendaftar SSM ini ialah mendapatkan entiti perniagaan yang sah kerana mendaftar menggunakan saluran perniagaan yang telus. Seterusnya, meningkatkan tahap keyakinan penduduk setempat terhadap perniagaan yang ditubuhkan.

Aktiviti

1. Petugas membantu usahawan mengisi secara dalam talian Pendaftaran Baru Perniagaan dengan melayari laman web https://ezbiz.ssm.com.my

2.Kemudian Masukkan username dan kata laluan serta perlu memasukkan kod verifikasi dan perlu ketik bahagian Sign In untuk masuk ke portal tersebut. 

3. Seterusnya, petugas membimbing usahawan untuk mendaftar perniagaan dengan ketik pada bahagian New Bussiness dan memasukkan semua data perniagaan yang diperlukan misalnya menggunakan nama sendiri atau nama tred serta jenis perniagaan yang hendak dijalankan.

4. Usahawan memasukkan semua butiran peribadi mengenai dirinya seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat, nombor telefon dan perlu memuatnaik gambar muka untuk kesahihan. 

5. Setelah semua butiran telah lengkap perlu ketik kepada bahagian teruskan untuk membayar menggunakan pembayaran online. 

6. Selesai, petugas mencetak dokumen perniagaan dan sijil perniagaan. 

 

GAMBAR DISINI


 

 

Tujuan

PEDi Taman Prestij II juga menyediakan perkhidmatan e-services antaranya ialah pembelian tender bagi kontraktor mendapatkan lokasi pembinaan yang bakal dijalankan oleh badan-badan kerajaan sekitar Pulau Pinang. Perkhidmatan ini disediakan bagi penduduk sekitar supaya memudahkan urusan mereka  dan menjimatkan masa. E-perolehan ialah sistem perolehan elektronik itu yang memudahkan aktiviti perolehan kerajaan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan. Pembekal juga berupaya menghantar sebutharga, mendapatkan dokumen tender dan menghantar tawaran tender menerusi ePerolehan. ePerolehan membolehkan para pembekal mendaftar atau memperbaharui pendaftaran mereka dengan Kementerian Kewangan menerusi Internet.

Aktiviti : 

1. Petugas melayari laman web https://ep.penang.gov.my/

2. Kemudian, petugas mendaftar akaun iaitu perlu meletakkan email dan kata laluan. 

3. Petugas klik pada bahagian pembelian dan mencari nombor siri tender yang diberikan oleh komuniti.

4. Seusai pemilihan tender petugas klik pada bahagian teruskan dan sesi pembayaran online.

5.  Borang resit dicetak serta borang-borang tender tersebut.

6. Selesai.

 

GAMBAR DISINI


 

Tarikh : 12 / 06 / 2023
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : PEDi Taman Prestij II
Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih usahawan untuk membuat pendaftaran di Google Business, petugas memberi tunjuk ajar kepada usahawan berkaitan pemasaran produk dalam talian menggunakan platform Google Business. Google Business ialah satu aplikasi untuk memperkenalkan perniagaan penduduk setempat secara percuma serta memudahkan pelanggan untuk mengetahui lokasi perniagaan tersebut. Aplikasi ini dapat memudahkan para usahawan baru untuk meningkatkan jualannya di dalam platform ini. 

Aktiviti : 

Di dalam slot ini, petugas memberi pendedahan cara-cara untuk usahawan membuka akaun jualan di aplikasi Shopee:

1. Petugas membimbing usahawan untuk membuka aplikasi Google Business

2. Seterusnya usahawan perlu Sign Up menggunakan email Google yang aktif. 

3. Petugas membimbing usahawan cara membuat pendaftaran iaitu memasukkan nama perniagaan, alamat, poskod dan lain-lain lagi.

4. Serta usahawan perlu memuatnaik gambar produk yang dijual.

5. Seterusnya klik pada bahagian simpan serta usahawan perlu menunggu selama 5 hari untuk akaun Google Business itu diverifikasi.

6. Selesai

 

GAMBAR DISINI


 

Tarikh : 13 / 06 / 2023
Masa : 11.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : Zoom Meeting MSD
Peserta

: 3 orang

 

Tujuan

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih usahawan yang berada di kalangan komuniti Taman Prestij terutamanya golongan usahawan untuk menambah pendapatan. Didalam slot latihan keusahawanan ini usahawan diberikan taklimat asas Untuk menguruskan kewangan perniagaan dengan baik dan teratur supaya dapat mengenalpasti sama ada perniagaan tersebut mencapai keuntungan atau kerugian. 

 

Aktiviti : 

Di dalam slot ini, petugas memberi pendedahan taklimat kepada usahawan untuk mengetahui asas kewangan IKS:

1. Petugas membimbing usahawan dengan membuka link yang diberikan oleh MSD meet.google.com/jov-vwvk-tpu

2. Seterusnya usahawan mendengar taklimat yang diberikan antaranya ialah mengenai perakaunan, jenis-jenis akaun dan sebagainya.

3. Pertanyaan soalan

6. Selesai

 

GAMBAR DISINI


 

 

Tujuan  

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih komuniti di kawasan ini. Latihan ini bertujuan untuk memahirkan komuniti untuk mempelajari menggunakan microsoft office word untuk membuat surat kiriman rasmi bagi urusan surat menyurat. Latihan yang diberikan adalah mempelajari format surat kiriman rasmi.

Aktiviti :

1. Petugas membimbing komuniti membuka Microsoft Office Word

2. Kemudian, komuniti dibimbing oleh petugas untuk mengetahui ikon yang terdapat di microsoft word.

3. Pelajar dibimbing menulis surat kiriman rasmi berdasarkan penerangan yang diberi oleh petugas.

4.  Selesai, komuniti mencetak latihan yang dibuat.

 

GAMBAR DISINI