Tujuan

PEDi Taman Prestij II juga menyediakan perkhidmatan e-services antaranya ialah pembelian tender bagi kontraktor mendapatkan lokasi pembinaan yang bakal dijalankan oleh badan-badan kerajaan sekitar Pulau Pinang. Perkhidmatan ini disediakan bagi penduduk sekitar supaya memudahkan urusan mereka  dan menjimatkan masa. E-perolehan ialah sistem perolehan elektronik itu yang memudahkan aktiviti perolehan kerajaan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan. Pembekal juga berupaya menghantar sebutharga, mendapatkan dokumen tender dan menghantar tawaran tender menerusi ePerolehan. ePerolehan membolehkan para pembekal mendaftar atau memperbaharui pendaftaran mereka dengan Kementerian Kewangan menerusi Internet.

 

Aktiviti : 

1. Petugas melayari laman web https://ep.penang.gov.my/

2. Kemudian, petugas mendaftar akaun iaitu perlu meletakkan email dan kata laluan. 

3. Petugas klik pada bahagian pembelian dan mencari nombor siri tender yang diberikan oleh komuniti.

4. Seusai pemilihan tender petugas klik pada bahagian teruskan dan sesi pembayaran online.

5.  Borang resit dicetak serta borang-borang tender tersebut.

6. Selesai.

 

GAMBAR DISINI


 

 

Tujuan  

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk membantu komuniti mengemaskini cukai pendapatan. Potongan Cukai Bulanan atau (PCB) adalah potongan pendapatan yang dikenakan ke atas pekerja untuk bayaran cukai pendapatan tahun semasa. Ini bermakna setiap bulan majikan akan memotong daripada gaji pekerja jumlah yang diperlukan untuk menjelaskan Potongan Cukai Bulanan anda. 

Aktiviti :

1. Petugas membimbing komuniti melayari laman web https://mytax.hasil.gov.my/

2. Kemudian, komuniti perlu log masuk No kad pengenalan serta kata laluan.

3. Komuniti mengemaskini maklumat yang diperlukan.

4.  Cetak & Selesai.

 

GAMBAR DISINI


 

 

Tujuan  

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih usahawan untuk menjana pendapatan tambahan dengan menjadi affliate di tiktok shop. TikTok memperkenalkan feature terbaru iaitu TikTok Shop, platform terbaik untuk pengguna membeli pelbagai barangan, di samping turut memberikan lebih banyak peluang kepada peniaga untuk membuat pengiklanan serta menjana trafik. Serta untuk mereka yang tidak ada kedai di TikTok boleh bantu peniaga lain mempromosikan barangan dan dapatkan komisen dengan menjadi affiliate. 

Aktiviti :

1. Petugas membimbing komuniti untuk log masuk ke aplikasi Whatsapp Web.

2. Kemudian, di telefon akan terpapar sebuah kod QR khusus, dimana komuniti perlu mengimbasnya. Untuk mengimbas, buka aplikasi WhatsApp, dan pilih menu WhatsApp Web. Imbas kod QR berkenaan, dan akan log masuk ke perkhidmatan WhatsApp untuk digunakan melalui web.

3. Kemudian akan terpapar notifikasi, mesej yang terdapat di aplikasi Whatsapp.

4.  Komuniti boleh menggunakan whatsapp dengan lebih mudah menggunakan layar skrin yang lebih besar dan mempercepatkan urusan muat turun dokumen. 

5. Selesai

 

GAMBAR DISINI


 

 

Tujuan

Di dalam slot ini komuniti diberi taklimat advokasi Klik dengan Bijak 'Buli Siber'. Objektif latihan seperti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti mengenai penggunaan internet secara selamat dan berhemah. Buli siber atau gangguan siber adalah sejenis buli yang berlaku dalam talian. Ia dilakukan melalui teks, imej atau video untuk memalukan, mengugut, atau memaki haman mangsa.

Aktiviti

1. Petugas memberi penerangan sedikit mengenai Klik Dengan Bijak (Scammer) di laman web https://klikdenganbijak.my/

2. Kemudian, petugas menerangkan mengenai apa itu Klik Dengan Bijak dengan menayangkan video kepada komuniti serta menerangkan jenis buli siber yang terdapat di laman media sosial. 

3. Terdapat sedikit kuiz selingan untuk kefahaman.

4.Selesai

 

GAMBAR DISINI 

 


 

 

Tujuan

PEDi Taman Prestij II juga menyediakan perkhidmatan e-services antaranya ialah kemaskini maklumat murid darjah 6 bagi memasuki sesi persekolahan. Perkhidmatan ini disediakan bagi penduduk sekitar supaya memudahkan urusan mereka  dan menjimatkan masa. Antara dokumen yang perlu dibawa ketika pendaftaran ialah buku rekod kesihatan anak, slip gaji pemohon, sijil lahir anak, bil utiliti, kad pengenalan ic ibu bapa, dan surat nikah. 

Aktiviti : 

1. Petugas melayari laman web https://public.moe.gov.my/

2. Kemudian, petugas mendaftar akaun iaitu perlu meletakkan nombor kad pengenalan dan kata laluan. 

3. Petugas mengisi borang permohonan dengan memasukkan butiran peribadi anak, anak, maklumat perihal ibu-bapa, alamat tempat tinggal serta sekolah yang ingin dipohon. 

4. Permohonan dihantar dan klik pada tanda 'teruskan' 

5.  Borang permohonan dicetak

6. Selesai

 

GAMBAR DISINI