Tujuan  

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih para pelajar peringkat rendah yang berada di dalam komuniti di kawasan ini. Latihan ini bertujuan untuk memahirkan para pelajar untuk mempelajari menggunakan microsoft word bagi tujuan menyiapkan kerja sekolah dan sebagainya. Latihan yang diberikan adalah untuk meletakkan nombor pada muka surat.

Aktiviti :

1. Petugas membimbing pelajar membuka Microsoft Word

2. Kemudian, para pelajar dibimbing oleh petugas untuk klik pada ikon "Insert" dan seterusnya memilih ikon "page number"

3. Pelajar dibimbing untuk memilih nombor muka surat yang ingin ditulis pada bahagian bawah atau atas. 

4.  Selesai.

 

GAMBAR DISINI


 

 

Tujuan

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk membimbing usahawan untuk mendaftar PERKESO bagi tujuan caruman kepada pekerja. Mulai 1 Januari 2018, PERKESO telah memperkenalkan Portal ASSIST PERKESO bagi memudahkan majikan menguruskan pendaftaran majikan dan pekerja, rekod caruman dan pembayaran caruman. Bagi menggunakan Portal ASSIST PERKESO ini, majikan perlulah mendaftar untuk mendapatkan ID Portal ASSIST PERKESO terlebih dahulu dengan melengkapkan Borang ID Portal ASSIST PERKESO yang boleh diperolehi menerusi laman sesawang PERKESO dan menghantarkannya ke pejabat PERKESO berdekatan.

 

Aktiviti : 

1. Petugas membimbing usahawan dengan membuka aplikasi www.perkeso.gov.my login Portal ASSIST

2. Kemudian, petugas membimbing usahawan untuk klik ‘’Kali pertama? Daftar akaun iPERKESO?” , Isikan maklumat yang diperlukan, Kemudian proses verifikasi samada melalui nombor telefon atau email.

3. Seterusnya, Log Masuk ke sistem dan pilih Mod ‘’Saya bekerja sendiri”, Klik “Daftar” di panel pendaftaran dan caruman. Untuk perbaharui caruman sila klik ‘’Memperbaharui’’., Dan Isikan maklumat diperlukan dan muat naik dokumen diperlukan. Seterusnya klik pada ‘’Hantar & bayar”. 

4. Dan akhir sekali penbayaran dilakukan mengikut bank secara transaksi online , Setelah bayaran berjaya dibuat, resit pembayaran caruman boleh dimuat turun

 

GAMBAR DISINI


 

Tarikh : 16/ 01 / 2023
Masa : 12.00 Pagi - 2.00 Petang
Lokasi : PEDi Taman Prestij II
Peserta

: 2 orang

 

Tujuan

Tujuan adalah untuk memastikan pengguna dari kalangan komuniti Taman Prestij ini dapat mengisi Pendaftaran Baru Perniagaan Dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Antara kelebihan mendaftar SSM ini ialah mendapatkan entiti perniagaan yang sah kerana mendaftar menggunakan saluran perniagaan yang telus. Seterusnya, meningkatkan tahap keyakinan penduduk setempat terhadap perniagaan yang ditubuhkan.

Aktiviti

1. Petugas membantu usahawan mengisi secara dalam talian Pendaftaran Baru Perniagaan dengan melayari laman web https://ezbiz.ssm.com.my

2.Kemudian Masukkan username dan kata laluan serta perlu memasukkan kod verifikasi dan perlu ketik bahagian Sign In untuk masuk ke portal tersebut. 

3. Seterusnya, petugas membimbing usahawan untuk mendaftar perniagaan dengan ketik pada bahagian New Bussiness dan memasukkan semua data perniagaan yang diperlukan misalnya menggunakan nama sendiri atau nama tred serta jenis perniagaan yang hendak dijalankan.

4. Usahawan memasukkan semua butiran peribadi mengenai dirinya seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat, nombor telefon dan perlu memuatnaik gambar muka untuk kesahihan. 

5. Setelah semua butiran telah lengkap perlu ketik kepada bahagian teruskan untuk membayar menggunakan pembayaran online. 

6. Selesai, petugas mencetak dokumen perniagaan dan sijil perniagaan. 

 

GAMBAR DISINI


 

 

Tujuan

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk membimbing usahawan untuk mendaftar Qr pay bagi tujuan pembayaran produk dengan hanya menggunakan transaksi secara online.

Aktiviti : 

1. Petugas membimbing usahawan dengan membuka aplikasi bank usahawan.

2. Kemudian, petugas membimbing usahawan untuk klik pada bahagian QRPAY

3. Seterusnya, usahawan tangkap layar (screenshot) yang tertera.

4. Dan akhir sekali petugas mencetak gambar yang telah di tangkap layar (screenshot) tersebut.

 

GAMBAR DISINI


 

 

Tujuan

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk membimbing pelajar untuk membuka akaun Gmail bagi urusan surat menyurat dan sebagainya. Petugas mengajar pelajar cara membuat akaun Google yang membolehkan pelajar untuk mendaftar di aplikasi lain secara pantas.

Aktiviti : 

1. Petugas membantu pelajar dengan menaip https://accounts.google.com/

2. Kemudian, petugas membimbing dengan klik pada bahagian Create Account.

3. Pelajar perlu memasukkan butiran peribadi dan nombor telefon.

4. Dan akhir sekali petugas membimbing pelajar cara menulis email.

 

GAMBAR DISINI