Tarikh : 10/ 02 / 2022
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : PEDi Taman Prestij II
Peserta

: 4 orang

 

Tujuan

Di dalam slot ini petugas membantu pengguna untuk membuat permohonan passport online. aplikasi online 'PASPORT'  adalah satu kaedah sebagai kemudahan kepada warganegara Malaysia membuat permohonan pembaharuan Pasport Malaysia secara atas talian melalui internet. Permohonan atas talian boleh membuat bayaran menggunakan kad kredit atau debit terus (FPX). 

Aktiviti

1. Petugas membimbing pengguna untuk klik di laman sesawang https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/myPasport

2. Kemudian, petugas membimbing untuk klik pada 'SETUJU' lepas baca t&c.

3. Seterusnya, perlu isikan maklumat lengkap butiran diri dan sebagainya serta perlu memuatnaik gambar passport yang mengikut spesifikasi imegresen iaitu Latar belakang foto mesti berwarna putih tanpa bayang. Latar belakang menggunakan warna lain tidak akan diterima, Pakaian bewarna gelap serta menutupi bahu dan dada, Bagi perempuan yang memakai tudung kepala atau hijab mesti memakai tudung/hijab yang berwarna gelap dan tidak boleh menutup muka.Tidak memakai cermin mata, kanta lekap berwarna dan aksesori di atas kepala.Gambar yang dimuatnaik mestilah dalam bentuk softcopy yang diambil oleh kedai gambar profesional.Gambar polaroid tidak dibenarkan.

4.Dan akhir sekali perlu pilih pejabat imegresen yang terdekat untuk mengambil passport yang telah siap, Tarikh dan masa pengambilan passport akan ditentukan oleh sistem berdasarkan hari dan masa permohonan dibuat.

5. Selesai 

 

GAMBAR DISINI 


 

 

Tujuan

Di dalam slot ini pelajar diberi taklimat advokasi Klik dengan Bijak ''Scammer'. Objektif latihan seperti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai penggunaan internet secara selamat dan berhemah. Program ini diadakan adalah untuk mempromosikan Pusat Ekonomi Digital kepada pelajar serta memberi taklimat mengenai 'Scammer' Scammer ni dalam Bahasa mudah adalah individu yang melakukan aktiviti penipuan untuk menganiaya orang lain. Tak kira, tipu secara online ataupun tipu secara depan-depan, kita akan panggil ianya scammer. Scammer berasal dari perkataan scam. Bila seseorang yang melakukan perbuatan scam atau menipu akan dipanggil sebagai scammer. Antara jenis-jenis scam yang terkenal di Malaysia ialah scam duit syiling, macau scam, scam media sosial, dan love scam. 

 

Aktiviti

1. Petugas memberi penerangan sedikit mengenai Klik Dengan Bijak (Scammer) di laman web https://klikdenganbijak.my/

2. Kemudian, petugas menerangkan mengenai apa itu Klik Dengan Bijak kepada komuniti serta menerangkan jenis scam yang terdapat di laman media sosial. 

3. Terdapat sedikit kuiz selingan untuk kefahaman.

4.Selesai

 

GAMBAR DISINI 


 

Tarikh : 6 / 02 / 2023
Masa : 9.00 petang - 11.00 tengahari
Lokasi : PEDi Taman Prestij II
Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih usahawan untuk membuat pendaftaran di Google Business, petugas memberi tunjuk ajar kepada usahawan berkaitan pemasaran produk dalam talian menggunakan platform Google Business. Google Business ialah satu aplikasi untuk memperkenalkan perniagaan penduduk setempat secara percuma serta memudahkan pelanggan untuk mengetahui lokasi perniagaan tersebut. Aplikasi ini dapat memudahkan para usahawan baru untuk meningkatkan jualannya di dalam platform ini. 

Aktiviti : 

Di dalam slot ini, petugas memberi pendedahan cara-cara untuk usahawan memasarkan perniagaan di Google Business:

1. Petugas membimbing usahawan untuk membuka aplikasi Google Business

2. Seterusnya usahawan perlu Sign Up menggunakan email Google yang aktif. 

3. Petugas membimbing usahawan cara membuat pendaftaran iaitu memasukkan nama perniagaan, alamat, poskod dan lain-lain lagi.

4. Serta usahawan perlu memuatnaik gambar produk yang dijual.

5. Seterusnya klik pada bahagian simpan serta usahawan perlu menunggu selama 5 hari untuk akaun Google Business itu diverifikasi.

6. Selesai

 

GAMBAR DISINI


 

 

Tujuan  

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih para pelajar peringkat rendah yang berada di dalam komuniti di kawasan ini. Latihan ini bertujuan untuk memahirkan para pelajar untuk mempelajari menggunakan microsoft word bagi tujuan menyiapkan kerja sekolah dan sebagainya. Latihan yang diberikan adalah untuk menyusun gambar di microsoft office word.

Aktiviti :

1. Petugas membimbing pelajar membuka Microsoft Word

2. Kemudian, para pelajar dibimbing oleh petugas untuk klik pada ikon "Insert" dan seterusnya memilih ikon "picture"

3. Pelajar dibimbing untuk menyusun gambar di mukasurat serta petugas membimbing posisi gambar yang boleh diletakkan iaitu dibahagian atas, bawah tepi atau kiri kanan. 

4.  Selesai, pelajar mencetak latihan yang dibuat.

 

GAMBAR DISINI


 

Tujuan

Tujuan program  ini diadakan adalah untuk untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran terhadap penggunaan kaedah pembayaran Tanpa Tunai (cth Kod QR, kredit/debit, eWallet, dll) kepada komuniti khususnya di kawasan luar bandar. Selain daripada itu, memperkenalkan kaedah menggunakan mesin terminal kepada usahawan PEDi serta kepada  peniaga/peruncit di sekitar komuniti PEDi/PEDi untuk menggunakan transaksi pembayaran secara platform digital.

Aktiviti : 

1. Penganjur memberikan taklimat berkenaan penggunaan kaedah pembayaran tanpa tunai contohnya Duitnow QR, E-Wallet, dan sebagainya.

2. Kemudian, penganjur mengajukan soalan kepada para pengunjung berkenaan pembayaran tanpa tunai.

3. Seterusnya, aktiviti pembelian aiskrim dengan menggunakan transaksi tanpa tunai dan menyertai cabutan bertuah.

4. Akhir sekali, majlis ditamatkan dengan acara cabutan bertuah kepada para pengunjung iaitu dengan memenangi wang tunai dan telefon bimbit.

5. Selesai.

 

GAMBAR DISINI