Tarikh | : 6 / 07 / 2022 |
Masa | : 3.00 Petang - 6.00 Petang |
Lokasi | : PEDi Taman Prestij II |
Peserta |
: 2 orang |
Tujuan
Tujuan adalah untuk membimbing para komuniti untuk menggunakan microsoft powerpoint bagi membuat jadual masa waktu ceramah di masjid. Petugas membantu AJK masjid untuk melakar jadual waktu ceramah.
Aktiviti
1. Petugas membimbing komuniti iaitu untuk membuat table bagi merangka jadualnya.
2. Kemudian, komuniti perlu menulis ayat yang ingin ditulis bagi jadual nya mengikut masa yang telah ditetapkan
3.Seterusnya, komuniti meletakkan imej secara kreatif dan tulis mengikut kreativitinya yang tersendiri.
4. Jadual masa dicetak.
5. Selesai.
Tarikh | : 5 / 07/ 2022 |
Masa | : 9.00 petang - 11.00 petang |
Lokasi | : PEDi Taman Prestij II |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih usahawan untuk menambah pendapatan, petugas memberi tunjuk ajar kepada usahawan berkaitan pemasaran produk dalam talian menggunakan platform shopee. Shopee ialah satu aplikasi e-dagang yang mempunyai pelbagai fungsi dari jualan barang, pembelian barang, perkhidmatan pembayaran bil dan lain-lain. Aplikasi ini dapat memudahkan para usahawan baru untuk meningkatkan jualannya di dalam platform ini.
Aktiviti :
Di dalam slot ini, petugas memberi pendedahan cara-cara untuk usahawan membuka akaun jualan di aplikasi Shopee:
1. Petugas membimbing usahawan cara untuk membuka akaun di aplikasi iaitu dapat mendapat dengan menggunakan nombor telefon, scan qr , akaun google, facebook atau instagram. Usahawan memilih untuk membuka menggunakan nombor telefon.
2. Seterusnya klik pada bahagian penjuru kiri iaitu 'start selling' .
3. Petugas membimbing usahawan cara untuk masukkan gambar produk-produk iaitu harus melebihi 5 gambar, video produk supaya menambahkan keyakinan pada pembeli serta masukkan info mengenai produk yang hendak dijual.
4. Serta usahawan perlu mengetahui shipping fee iaitu penghantaran (kurier) serta berat, saiz, dimensi produk tersebut. Antara pilihan kurier yang digunakan ialah Shopee Express, J&T, Poslaju dan sebagainya.
5. Memberi penerangan apa itu seller centre (usahawan boleh menggunakannya untuk mengedit, memuat naik, maklumat produk, memproses pesanan serta mengatur penghantaran, mengeluarkan wang, meningkatkan penjualan dan banyak lagi)
6. Cara memuat naik produk baru (tambah produk baru, tambah nama produk dan kategori produk, tambah penerangan produk, tambah imej produk, tambah maklumat penghantaran, tips untuk tambah variasi dan lain-lain )
7. Selesai
Tarikh | : 24 / 06 / 2022 |
Masa | : 4.00 Pagi - 6.00 Petang |
Lokasi | : PEDi Taman Prestij |
Peserta |
: 2 orang |
Tujuan
Tujuan adalah untuk memastikan pengguna dari kalangan komuniti ini dapat mengisi PERMOHONAN BERKAHWIN SECARA ONLINE. Ia telah dibantu dengan jayanya oleh petugas.
1. Layari laman web pendaftaran perkahwinan Pulau Pinang http://emunakahat.penang.gov.my/v2/
2.Di dalam slot ini, pengguna perlu mengisi secara dalam talian Borang Kahwin. Antara bahagian yang perlu diisi ialah maklumat pemohon dan maklumat pasangan.
3. Seterusnya, pengguna perlu memasukkan butiran peribadi seperti nama, jantina, tarikh lahir, tempat lahir,negeri permaustatin, alamat, nombor kad pengenalan, .
4. Kemudian, pada bahagian maklumat perkahwinan pengguna perlu mengisi tempat nikah, mas kahwin, dan belanja hantaran.
5. Serta yang terakhir ialah maklumat saksi AJK, Kariah, Imam, Bilal serta maklumat dua saksi yang diperlukan seperti nama dan alamat.
6. Kata laluan perlu dicipta iaitu tidak lebih dari lapan aksara. dan setelah selesai perlu ketik di ruangan kotak untuk pengakuan kenyataan dan boleh teruskan menghantar permohonan.
7. Selesai, petugas mencetak borang permohonan tersebut.
Tarikh | : 4/ 07 / 2022 |
Masa | : 3.00 Pagi - 5.00 Petang |
Lokasi | : PEDi Taman Prestij II |
Peserta |
: 2 orang |
Tujuan
Tujuan adalah untuk memastikan pengguna dari kalangan komuniti Taman Prestij ini dapat mengisi Pendaftaran Baru Perniagaan Dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Antara kelebihan mendaftar SSM ini ialah mendapatkan entiti perniagaan yang sah kerana mendaftar menggunakan saluran perniagaan yang telus. Seterusnya, meningkatkan tahap keyakinan penduduk setempat terhadap perniagaan yang ditubuhkan.
Aktiviti
1. Petugas membantu usahawan mengisi secara dalam talian Pendaftaran Baru Perniagaan dengan melayari laman web https://ezbiz.ssm.com.my
2.Kemudian Masukkan username dan kata laluan serta perlu memasukkan kod verifikasi dan perlu ketik bahagian Sign In untuk masuk ke portal tersebut.
3. Seterusnya, petugas membimbing usahawan untuk mendaftar perniagaan dengan ketik pada bahagian New Bussiness dan memasukkan semua data perniagaan yang diperlukan misalnya menggunakan nama sendiri atau nama tred serta jenis perniagaan yang hendak dijalankan.
4. Usahawan memasukkan semua butiran peribadi mengenai dirinya seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat, nombor telefon dan perlu memuatnaik gambar muka untuk kesahihan.
5. Setelah semua butiran telah lengkap perlu ketik kepada bahagian teruskan untuk membayar menggunakan pembayaran online.
6. Selesai, petugas mencetak dokumen perniagaan dan sijil perniagaan.
Tarikh | : 22/ 06 / 2022 |
Masa | : 3.00 petang - 6.00 petang |
Lokasi | : PEDi Taman Prestij II |
Peserta |
: 2 orang |
Tujuan
Tujuan adalah untuk membantu usahawan yang ingin mendaftar akaun bank melalui kemudahan perbankan atas talian. Tujuan perbankan atas talian dapat membantu usahawan menyelesaikan urus niaga bank dengan mudah tanpa membuat urusan ke pejabat bank yang berdekatan. Malahan melalui perbankan online usahawan dapat membezakan antara akaun simpanan dan akaun pernigaan serta dapat melihat penyata kewangan dengan serta-merta, Antara kelebihan perbankan online ialah ia dapat memberikan maklumat terkini tentang status kewangan simpanan. Usahawan juga akan mempunyai banyak maklumat yang diperlukan hanya di hujung jari pada bila-bila masa.
Aktiviti
Di dalam slot ini, petugas membantu belia untuk membuat pendaftaran perbankan dalam talian:
1. Layari laman web www.maybank2u.com.my.
2.Kemudian di bahagian atas kanan Klik pada 'Daftar Sekarang' dan masukkan No Kad dan PIN anda. (No PIN ialah 6 digit ATM/Debit/Kad Kredit Nombor Pengenalan Peribadi (PIN) anda)
3.Tandakan pada Terma & Syarat dan klik 'Teruskan'.
4.Cipta nama pengguna dan kata laluan Maybank2u anda, kemudian masukkan e-mel anda.
5.Masukkan nombor TAC yang dihantar ke telefon berdaftar anda dan klik 'Sahkan'.
6.Sediakan Imej Keselamatan, Frasa dan Soalan anda. Ini penting untuk membantu memastikan akaun anda selamat.
7.Klik 'Selesai' setelah pendaftaran sudah lengkap & anda akan dibawa ke laman utama Maybank2u di mana anda boleh log masuk ke akaun baharu anda.