Tarikh : 15 / 02 / 2022
Masa : 03.00 petang - 05.00 petang
Lokasi : PEDi Taman Prestij II
Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih usahawan yang berada di kalangan komuniti Taman Prestij II terutamanya golongan usahawan untuk menggunakan Microsoft Office Words didalam perniagaan mereka.  Aplikasi ini dapat memudahkan para usahawan untuk menaip dokumen, menyimpan sebarang dokumen perniagaan dengan mudah dan pantas. 

Aktiviti : 

Di dalam slot ini, petugas memberi pendedahan cara-cara untuk usahawan menggunakan Microsoft Office Words:

1. Petugas membimbing usahawan untuk membuka Microsoft Office Word dan menerangkan kepada usahawan mengenai saiz , margin, potrait, landscape dan sebagainya.

2. Petugas membimbing usahawan untuk memilih saiz tulisan dan jenis tulisan yang mahu digunakan seperti Times New Roman, Arial dan sebagainya.

3. Usahawan belajar menghasilkan kotak , memasukkan imej ke dalam dokumen yang ditulis.

4. Selesai. Usahawan mencetak dokumen yang dihasilkan.

 

GAMBAR DISINI

 


 

Tarikh : 12 / 02 / 2022
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : PEDi Taman Prestij II
Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih para komuniti di kawasan ini. Latihan ini bertujuan untuk melatih komuniti menggunakan perisian Adobe Reader.  Adobe Reader ialah satu perisian untuk membaca dokumen dalam bentuk PDF. Melalui aplikasi ini para komuniti dapat mengisi dokumen dengan lebih mudah dan cepat.

Aktiviti

1. Petugas membimbing komuniti untuk memasukkan dokumen pdf ke dalam komputer iaitu menggunakan Google Mail.

2. Seterusnya, petugas mengajae cara-cara mengisi borang dengan menggunakan Adobe Reader iaitu dengan klik pada bahagian Fill & Sign untuk memasukkan Text. 

3. Kemudian, petugas membimbing cara untuk meletakkan nombor, gambar, highlight dan sebagainya. 

4. Akhir sekali, membimbing cara menyimpan dokumen PDF tersebut ke dalam Google Mail supaya memudahkan untuk akses.

5. Selesai.

 

GAMBAR DISINI 


 

Tarikh : 07 / 02 / 2022
Masa : 10.00 Pagi - 1.00 Petang
Lokasi : PEDi Taman Prestij
Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Tujuan adalah untuk memastikan pengguna dari kalangan komuniti  ini dapat mengisi PERMOHONAN BERKAHWIN SECARA ONLINE. Ia telah dibantu dengan jayanya oleh petugas.

Aktiviti   

1. Layari laman web pendaftaran perkahwinan Pulau Pinang http://emunakahat.penang.gov.my/v2/

2.Di dalam slot ini, pengguna perlu mengisi secara dalam talian Borang Kahwin. Antara bahagian yang perlu diisi ialah maklumat pemohon dan maklumat pasangan. 

3. Seterusnya, pengguna perlu memasukkan butiran peribadi seperti nama, jantina, tarikh lahir, tempat lahir,negeri permaustatin, alamat, nombor kad pengenalan, . 

4. Kemudian, pada bahagian maklumat perkahwinan pengguna perlu mengisi tempat nikah, mas kahwin, dan belanja hantaran. 

5. Serta yang terakhir ialah maklumat saksi AJK, Kariah, Imam, Bilal serta maklumat dua saksi yang diperlukan seperti nama dan alamat. 

6. Kata laluan perlu dicipta iaitu tidak lebih dari lapan aksara. dan setelah selesai perlu ketik di ruangan kotak untuk pengakuan kenyataan dan boleh teruskan menghantar permohonan.

7. Selesai, petugas mencetak borang permohonan tersebut. 

 

GAMBAR DISINI


 

Tarikh : 09 / 02 / 2022
Masa : 2.00 Petang - 5.00 Petang
Lokasi : PEDi Taman Prestij
Peserta

: 1 orang

 

Tujuan

Tujuan adalah untuk membantu komuniti setempat iaitu usahawan secara talian untuk membuat 'Loyalty Card'. Di dalam slot ini, petugas memberi tunjuk ajar kepada komuniti cara editing gambar menggunakan aplikasi https://www.canva.com/

Aktiviti

1. Di dalam slot ini, petugas membantu belia untuk membina 'loyalty card' iaitu kad penghargaan kepada pelanggan yang membuat pembelian terhadap produk yang dijual oleh usahawan tersebut.

2. Petugas membimbing dari segi cara untuk memilih lakaran, pemilihan dan saiz tulisan, serta masukkan maklumat yang penting seperti nama perniagaan, nama kedai seperti di facebook, instagram, shopee dan sebagainya.

3. Kemudian masukkan gambar, dan tentukan saiz untuk dicetak. 

4. Petugas mencetak bahagian hadapan dan belakang. 

5. Selesai

 

GAMBAR DISINI


 

Tarikh : 24 / 01 / 2022
Masa : 3.00 Petang - 6.00 Petang
Lokasi : PEDi Taman Prestij II
Peserta

: 1

 

Tujuan 

Tujuan latihan ini diadakan adalah khusus untuk pelajar peringkat sekolah menengah dari penduduk setempat. Di dalam latihan dan aktiviti ini pelajar diminta menghasilkan video menggunakan aplikasi POWTOON. Aplikasi ini lebih menarik kerana mempunyai pelbagai ciri-ciri iaitu boleh memuatkan imej, gambar, animasi dan sebagainya. Selain itu, pelajar sekolah menengah dapat mengembangkan lagi idea kreatif dan inovatifnya dalam memantapkan kemahiran berkenaan multimedia seiring dengan teknologi. 

Aktiviti

1. Petugas membimbing pelajar untuk melayari laman web www.powtoon.com

2. Pelajar diajar bagaimana cara menggunakan aplikasi ini iaitu dapat memilih pelbagai tema mengikut kreativiti sendiri

3. Setelah selesai, petugas mengajar pelajar bagaimana cara untuk memuat turun video tersebut.

 

GAMBAR DISINI