Tarikh | : 05 / 05 / 2024 |
Masa | : 3.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : NADI Taman Prestij II |
Peserta |
: 4 orang |
Tujuan
Tujuan adalah untuk membantu komuniti menambah ilmu pengetahuan dan mengembangkan kreativiti dalam penyediaan poster. Tujuan membuat poster ini ialah untuk mereka poster kad ucapan digital sempena tahun baru.
Aktiviti :
1. Petugas membimbing usahawan untuk melayari laman web https://www.canva.com/ untuk mereka poster.
2. Petugas membantu komuniti mencari template mengikut citarasa masing-masing.
3. Kemudian, menulis ayat-ayat ucapan serta mengenali elemen yang terdapat di Canva.
4. Selesai & memuat turun poster tersebut.
Tarikh | : 03 / 05 / 2024 |
Masa | : 9.00 pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : Tapak Pesta Sungai Nibong |
Tujuan adalah untuk memberi pendedahan serta mempromosikan kepada komuniti mengenai MCMC. Melalui taklimat ini diharapkan komuniti dapat menilai dan menggunakan internet dengan cara yang lebih berhemah . Selain itu, untuk memperkenalkan fungsi PEDI, di samping dapat membantu mempelbagaikan aktiviti bersama pihak komuniti dengan program yang bermanfaat dan mendedahkan mereka dengan apa itu Klik Dengan Bijak.
Aktiviti :
1. Petugas memberikan taklimat mengenai Klik Dengan Bijak.
2. Kemudian, petugas menerangkan mengenai fungsi MCMC, PEDi dan sebagainya.
4. Selesai.
Tarikh | : 03.05.2024 |
Masa | : 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : NADI Taman Prestij II |
Peserta | : 2 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih usahawan untuk membuat pendaftaran di Google Business, petugas memberi tunjuk ajar kepada usahawan berkaitan pemasaran produk dalam talian menggunakan platform Google Business. Google Business ialah satu aplikasi untuk memperkenalkan perniagaan penduduk setempat secara percuma serta memudahkan pelanggan untuk mengetahui lokasi perniagaan tersebut. Aplikasi ini dapat memudahkan para usahawan baru untuk meningkatkan jualannya di dalam platform ini.
Aktiviti :
Di dalam slot ini, petugas memberi pendedahan cara-cara untuk usahawan meletakkan alamat perniagaan di Google Business:
1. Petugas membimbing usahawan untuk membuka aplikasi Google Business
2. Seterusnya usahawan perlu Sign Up menggunakan email Google yang aktif.
3. Petugas membimbing usahawan cara membuat pendaftaran iaitu memasukkan nama perniagaan, alamat, poskod dan lain-lain lagi.
4. Serta usahawan perlu memuatnaik gambar produk yang dijual.
5. Seterusnya klik pada bahagian simpan serta usahawan perlu menunggu selama 5 hari untuk akaun Google Business itu diverifikasi.
6. Selesai
Tarikh | :03 / 05 / 2024 |
Masa | : 3.00 petang - 5.00 Petang |
Lokasi | : NADI Taman Prestij II |
Peserta | : 1 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih komuniti di kawasan ini. Latihan ini bertujuan untuk memahirkan komuniti untuk mempelajari menggunakan microsoft office word untuk membuat surat kiriman rasmi bagi urusan surat menyurat. Latihan yang diberikan adalah mempelajari format surat kiriman rasmi.
Aktiviti :
1. Petugas membimbing komuniti membuka Microsoft Office Word
2. Kemudian, komuniti dibimbing oleh petugas untuk mengetahui ikon yang terdapat di microsoft word.
3. Pelajar dibimbing menulis surat kiriman rasmi berdasarkan penerangan yang diberi oleh petugas.
4. Selesai, komuniti mencetak latihan yang dibuat.
Tarikh | : 2 / 05 / 2024 |
Masa | : 2.00 petang - .4.00 petang |
Lokasi | : NADI Taman Prestij II |
Peserta |
: 2 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih para pelajar peringkat rendah yang berada di dalam komuniti di kawasan Taman Prestij ini. Latihan ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan menguji kepantasan para pelajar ini dengan penggunaan media interaktif dalam menaip samada dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris. Latihan ini membolehkan pelajar mahir menulis dengan menggunakan papan kekunci.
Aktiviti :
1. Petugas membantu pelajar dengan membuka laman web https://www.typing.com/student/games
2. Kemudian, pelajar menaip mengikut tahap kemampuan masing-masing. Antara peringkat menaip ialah beginner, intermediate dan pro.
3. Aktiviti selingan pelajar diberikan kuiz KDB.
4. Selesai.