Tarikh | : 20 / 03 / 2024 |
Masa | : 9.00 Pagi - 1.00 Tengahari |
Lokasi | : NADI Taman Prestij II |
Peserta |
: 10 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih komuniti di kawasan ini. Latihan ini bertujuan untuk menambah kemahiran untuk memberi tunjuk ajar kepada komuniti sekali gus dapat menjana pendapatan para komuniti yang terlibat. Peserta didedahkan dengan pengenalan cara membuat tasbih dari mula hingga akhir. Program ini merupakan kerjasama NADI bersama KEMAS Balik Pulau.
Aktiviti
Di dalam slot ini, membantu komuniti dari segi cara-cara membuat tasbih mengikut kreativiti masing-masing.
1. Petugas membimbing komuniti dengan memperkenalkan bahan-bahan yang digunakan untuk membuat tasbih.
2. Seterusnya, petugas menunjukkan tutorial membuat tasbih iaitu memasukkan tali tangsi ke dalam manik yang berdiameter 0.4mm.
2. Kemudian, komuniti membuat tasbih mengikut kreativiti padanan warna mengikut citarasa masing-masing.
3. Sesi bergambar & Selesai
Tarikh | : 16/ 03 / 2024 |
Masa | : 3.00 Petang - 5.00 petang |
Lokasi | : NaDi Taman Prestij II |
Peserta |
: 8 orang |
Tujuan
NaDi juga membantu komuniti menyerlahkan kreativiti dengan menghasilkan sampul duit raya dengan menggunakan perisian online seperti CANVA.COM dan menggunakan Ai di AiBing images. Malahan, seiring dengan peredaran masa NaDi juga ingin komuniti tidak ketinggalan dengan mempelajari mereka sampul digital yang lebih berilustrasi dan menarik.
Aktiviti
Di dalam slot ini, membantu komuniti dari segi cara-cara sampul raya dengan cara menghasilkan ucapan, memasukkan gambar serta dengan menggunakan animasi yang menarik mengikut kreativiti masing-masing.
1. Petugas membimbing komuniti untuk membuka aplikasi Canva dan memilih template sampul duit raya.
2. Seterusnya, petugas membimbing komuniti membuka aplikasi https://www.bing.com/images/create?FORM=GDPCLS untuk mendapatkan gambar sampul yang cantik dan menarik.
2. Komuniti menghasilkan sampul duit raya mengikut template yang disediakan dan mengikut kreativitinya.
3. Selesai. Pelajar memuat turun sampul duit raya yang disediakan.
Tarikh | : 14 /03/ 2024 |
Masa | : 5.00 petang - 8.00 malam |
Lokasi | : Bertam Resort |
Peserta | : 20 orang |
Tujuan :
NaDi Taman Prestij II menerima jemputan MCMC ke program rakan strategik 4 penjuru yang membincangkan mengenai pembentangan peranan dan fungsi utama MCMC. Serta perkongsian hala tuju dan operasi NaDi. Turut dihadiri Jabatan Penerangan negeri Pulau Pinang.
Aktiviti :
1. Sesi beramah mesra bersama MCMC, TM, dan MSD.
2. Petugas membentangkan perancangan aktiviti di NaDi yang akan dijalankan untuk komuniti setempat.
3. Sesi soalan dan penambahbaikkan oleh pihak MCMC.
4. Jamuan makan dan sesi bergambar
5. Bersurai.
Tarikh | : 15 / 03 / 2024 |
Masa | : 2.00 Petang - 4.00 Petang |
Lokasi | : PEDi Taman Prestij II |
Peserta |
: 3 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih pelajar yang berada di dalam komuniti di kawasan ini. Pembelajaran STEM adalah untuk melihat sejauh mana perkembangan dan kefahaman pelajar terhadap ilmu coding serta corak pemikiran kritis dan KBAT
Aktiviti :
1. Petugas membimbing pelajar membuka aplikasi https://scratch.mit.edu/
2. Para pelajar diberikan penerangan pengenalan cara coding diagram untuk menghasilkan contohnya animasi bergerak.
3. Para pelajar mengikuti satu persatu cara coding menggunakan tutorial yang dibimbing oleh petugas.
4. Selesai
Tarikh | : 13 / 03 / 2024 |
Masa | : 2.00 petang - 3.00 Petang |
Lokasi |
: NADI Taman Prestij II |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Tujuan adalah untuk membantu komuniti menambah ilmu pengetahuan dan mengembangkan kreativiti dalam label produk. Tujuan membuat label produk ini ialah untuk memperkenalkan produk usahawan kepada pengguna serta menaikkan jenama produk usahawan tersebut.
Aktiviti :
1. Petugas membimbing usahawan untuk melayari laman web https://www.canva.com/ untuk mereka label produk.
2. Petugas membantu komuniti mencari template bersesuaian dengan produk yang dijual.
3. Kemudian, komuniti menulis ayat seperti nama jenama, nombor telefon dan akaun media sosial.
4. Selesai & memuat turun stiker tersebut.