Tarikh | : 6 / 04 / 2024 |
Masa | : 3.00 petang - 5.00 Petang |
Lokasi | : NADI Taman Prestij II |
Peserta | : 2 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih para pelajar peringkat rendah yang berada di dalam komuniti di kawasan ini. Latihan ini bertujuan untuk memahirkan pelajar dengan penggunaan Bahasa Inggeris di dalam kehidupan seharian mereka. Pelajar diberikan pendedahan dengan penggunaan tatabahasa (grammar) di dalam kehidupan seharian mereka. Latihan yang diberikan telah diuji dengan cabaran menjawab kuiz di dalam bentuk e-learning. Latihan ini telah dikendalikan oleh petugas dengan jayanya.
Aktiviti :
1. Petugas melayari laman web https://www.englishclub.com/esl-quizzes/kids/
2. Para pelajar mempelajari penggunaan Bahasa Inggeris dari video yang dipaparkan.
3. Pelajar menjawab soalan.
4. Selesai dan cetak soalan beserta jawapan.
Tarikh | : 25 / 03 / 2024 |
Masa | : 2.00 Petang - 4.00 Petang |
Lokasi | : PEDi Taman Prestij II |
Peserta |
: 4 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih pelajar yang berada di dalam komuniti di kawasan ini. Pembelajaran STEM adalah untuk melihat sejauh mana perkembangan dan kefahaman pelajar terhadap ilmu coding serta corak pemikiran kritis dan KBAT
Aktiviti :
1. Petugas membimbing pelajar membuka aplikasi https://www.kidocode.com/
2. Para pelajar diberikan penerangan pengenalan cara coding diagram untuk menghasilkan contohnya animasi bergerak.
3. Para pelajar mengikuti satu persatu cara coding menggunakan tutorial yang dibimbing oleh petugas.
4. Selesai
Tarikh | : 24 / 03 / 2024 |
Masa | : 8.00 pagi - 11.00 Tengahari |
Lokasi | : Masjid Jamek Permatang Pasir |
Peserta | : 20 orang |
Tujuan adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti mengenai kempen klik dengan bijak yang bertajuk "Scammer". Melalui taklimat ini diharapkan komuniti dapat menilai dan menggunakan internet dengan cara yang lebih berhemah . Selain itu, untuk menyampaikan fungsi PEDI, di samping dapat membantu mempelbagaikan aktiviti bersama pihak komuniti dengan program yang bermanfaat dan mendedahkan mereka dengan kemahiran ICT.
Aktiviti :
1. Petugas menayangkan video mengenai bahaya scammer.
2. Kemudian, petugas menerangkan mengenai jenis-jenis scammer dan cara untuk menghindarinya.
4. Selesai.
Tarikh | : 25 / 03 / 2024 |
Masa | : 2.00 Petang - 4.00 Petang |
Lokasi | : NADI Taman Prestij II |
Peserta |
: 7 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih para pelajar peringkat rendah yang berada di dalam komuniti di kawasan ini. Latihan ini bertujuan untuk memahirkan para pelajar untuk mempelajari STEM menggunakan media.Antara kelebihan STEM ialah Memberi peluang kepada murid-murid menambahkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan Matematik serta Teknologi Komunikasi dan Maklumat serta melahirkan individu yang berfikiran kritis dan kreatif serta berdaya saing.
Aktiviti :
1. Petugas melayari laman web https://wordwall.net/ms/community/stem
2. Para pelajar diuji menggunakan soalan yang terdapat di laman web tersebut.
3. Pelajar menjawab soalan tersebut berdasarkan masa yang diberi.
4. Selesai
Tarikh | : 20 / 03/ 2024 |
Masa | : 10.00 pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : NADI Taman Prestij II |
Peserta | : 10 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih komuniti di kawasan ini mempelajari teknologi baru iaitu Ai. Latihan ini bertujuan untuk memahirkan pelajar dengan mengenali Ai untuk memudahkan urusan mereka terutamanya dalam mereka poster dan sebagainya. Komuniti diberikan pendedahan iaitu cara menghasilkan prompt kepada gambar. Latihan ini telah dikendalikan oleh petugas dengan jayanya.
Aktiviti :
1. Petugas membimbing komuniti melayari laman web https://www.bing.com
2. Komuniti menghasilkan prompt di https://chat.openai.com/ supaya deskripsi gambar lebih tepat mengikut kreativiti masing-masing.
3. Kemudian pelajar menyalin (copy) ayat prompt tersebut dan memindah (paste) ke Bing Ai untuk menghasilkan gambar.
4. Selesai dan memuat turun gambar tersebut.