Tarikh | : 12 / 03 / 2024 |
Masa | : 10.00 pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : NADI Taman Prestij II |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Tujuan adalah untuk membantu komuniti menambah ilmu pengetahuan dan mengembangkan kreativiti dalam stiker prosuk. Tujuan membuat stiker ini ialah untuk memperkenalkan produk usahawan kepada pengguna serta menaikkan jenama produk usahawan tersebut.
Aktiviti :
1. Petugas membimbing usahawan untuk melayari laman web https://www.canva.com/ untuk mereka stiker produk.
2. Petugas membantu komuniti mencari template bersesuaian dengan produk yang dijual.
3. Kemudian, komuniti menulis ayat seperti nama jenama, nombor telefon dan akaun media sosial.
4. Selesai & memuat turun stiker tersebut.
Tarikh | : 7 / 3 / 2024 |
Masa | : 9.00 pagi -5.00 petang |
Lokasi | : NADI Taman Prestij II |
Peserta | : 27 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih usahawan untuk menjana pendapatan tambahan dengan menjadi Seller di AgroBazaar Online. Agro Bazaar Online ialah satu Platform yang menyediakan pasaran baharu dan mampan untuk produk pertanian dengan mewujudkan satu komuniti perniagaan secara dalam talian.
Aktiviti :
1. Petugas FAMA memberikan taklimat mengenai Agro Bazaar Online
2. Kemudian, peserta juga diajar cara membuat poster menggunakan Ai di Bing Images.
3. Seterusnya, peserta memasukkan barang-barang jualan di dalam platform tersebut.
4. Sesi bergambar
5. Selesai
Tarikh | : 5 / 02/ 2024 |
Masa | : 2.00 petang - 3.00 Petang |
Lokasi | : NADI Taman Prestij II |
Peserta | : 5 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih para pelajar peringkat rendah yang berada di dalam komuniti di kawasan ini. Latihan ini bertujuan untuk memahirkan pelajar dengan mengenali asas komputer di dalam kehidupan seharian mereka. Pelajar diberikan pendedahan dengan peralatan-peralatan serta komponen yang terdapat di komputer. Latihan yang diberikan telah diuji dengan cabaran menjawab kuiz menggunakan tablet. Latihan ini telah dikendalikan oleh petugas dengan jayanya.
Aktiviti :
1. Petugas melayari laman web https://wordwall.net/ms-my/community/kenali-komputer
2. Para pelajar komponen komputer bedasarkan video yang ditayangkan.
3. Pelajar menjawab soalan.
4. Selesai dan cetak soalan beserta jawapan.
Tarikh | : 06 / 03 / 2024 |
Masa | : 3.00 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi | : NADI Taman Prestij II |
Peserta |
: 8 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah membantu pelajar sekolah rendah menyiapkan slide pembentangan kepada pihak sekolah uuntuk melengkapkan tugasan yang diberikan. Seterusnya memberi pendedahan kepada pelajar untuk menghasilkan slide mengikut kreativiti sendiri.
Aktiviti :
1. Petugas membantu pelajar cara untuk menghasilkan slide pembentangan iaitu dari segi cara untuk membina slide, animasi, gambar. Tajuk slide ialah mengenai Biodata diri sendiri.
2. Kemudian, petugas mengajar cara menghasilkan animasi seperti gif kepada slide tersebut supaya terlihat lebih kreatif dan menarik.
3. Pelajar memasukkan teks dan gambar mengikut kreativitinya tersendiri.
4. Selesai petugas memuat turun slide tersebut.
Tarikh | : 4 / 03 / 2024 |
Masa | : 4.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : NADI Taman Prestij |
Peserta |
: 2 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih pelajar sekolah rendah yang berada di kalangan komuniti Taman Prestij terutamanya golongan komuniti untuk menambahkan pengetahuan serta menambah baik kemahiran yang ada. Didalam slot latihan Soft Skill komuniti di ajar cara mengenali personaliti dan cara berkomunikasi secara berkumpulan.
Aktiviti :
Di dalam slot ini, petugas memberi pendedahan taklimat kepada komuniti asas Kemahiran Berkomunikasi.
1. Petugas membimbing pelajar dengan menayangkan video di televisyen mengenai apa itu Softskill.
2. Seterusnya, menerusi video penerangan secara digital itu petugas menerangkan antara jenis kemahiran sosial antaranya berkomunikasi sesama rakan, cara untuk menguruskan kemahiran ini dan sebagainya.
3. Pertanyaan soalan
6. Selesai.