Tarikh | : 19 / 02 / 2024 |
Masa | : 2.00 petang - 4.00 Petang |
Lokasi | : PEDi Taman Prestij II |
Peserta | : 5 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih komuniti di kawasan ini. Latihan ini bertujuan untuk memahirkan pelajar mempelajari microsoft office word untuk membuat jadual tugas aktiviti seharian mereka. Melalui pembelajaran ini membolehkan pelajar mengetahui fungsi-fungsi microsoft word dengan lebih banyak dan menyerlahkan kreativiti masing-masing.
Aktiviti :
1. Petugas membimbing komuniti membuka Microsoft Office Word
2. Kemudian, pelajar dibimbing oleh petugas untuk mengetahui ikon yang terdapat di microsoft word.
3. Seterusnya, pelajar membuat kotak serta memasukkan 'kotak teks' dan menulis aktiviti-aktiviti mengikut kreativiti.
4. Selesai, komuniti mencetak latihan yang dibuat.
Tarikh | 19 / 02 / 2024 |
Masa | : 3.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : PEDi Taman Prestij |
Peserta |
: 4 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih pelajar sekolah rendah yang berada di kalangan komuniti Taman Prestij terutamanya golongan komuniti untuk menambahkan pengetahuan serta menambah baik kemahiran yang ada. Didalam slot latihan Soft Skill komuniti di ajar kepentingan soft skill ataupun kemahiran insaniah
Aktiviti :
Di dalam slot ini, petugas memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kepentingan Soft Skill ataupun kemahiran insaniah
1. Petugas membimbing pelajar dengan membuka link yang diberikan iaitu di https://www.youtube.com/watch?v=DUmJ0HXyQSY
2. Seterusnya, menerusi video penerangan secara digital itu petugas menerangkan perbezaan Soft Skill dan Hard Skill.
3. Pertanyaan soalan
6. Selesai.
Tarikh | : 16 / 02 / 2024 - 17 / 02 / 2024 |
Masa | : 9.00 Pagi - 5.00 Petang |
Lokasi | : Politeknik Seberang Perai Balik Pulau |
Peserta |
: 100 orang |
Tujuan
Pedi Taman Prestij II turut membantu usahawan PEDi dalam mengembangkan perniagaanya. Antara salah satu peranan PEDI ialah memperkenalkan usahawan PEDi dengan menyertai karnival membuka booth dan sebagainya. Pedi juga membimbing dan melahirkan usahawan mikro yang menggunakan teknologi digital, bagi mempergiatkan lagi transformasi pendigitalan perniagaan ke arah pendigitalan yang inovatif dan berdaya saing
Aktiviti
1. Jualan produk usahawan PEDi
2. Selesai
Tarikh | : 17 / 02 / 2024 |
Masa | : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : PEDi Taman Prestij II |
Peserta |
: 2 orang |
Tujuan
Pedi Taman Prestij II turut membantu usahawan PEDi dalam mengembangkan perniagaanya. Antara salah satu peranan PEDI ialah membantu usahawan untuk mendaftar borang-borang berkaitan online. Penyewaan tapak gerai MBPP ini membolehkan usahawan mengembangkan perniagaan seterusnya membantu usahawan yang merupakan seorang OKU.
Aktiviti
1. Petugas membantu usahawan membuat pendaftaran dengan menulis nombor kad pengenalan, verifikasi muka dan sebagainya.
2. Kemudian, petugas membimbing cara penyewa tapak gerai
3. Akhir sekali mencetak borang
4. Selesai
Tarikh | 14 / 02 / 2024 |
Masa | : 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : PEDi Taman Prestij II |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih usahawan yang berada di kalangan komuniti Taman Prestij II mengetahui asas penyediaan sebutharga bagi syarikatnya. Antara kelebihan sebutharga ini dapat memudahkan para usahwan untuk membuat table jadual kelas. Quotation ialah dokumen atau surat penawaran yang mengandungi maklumat produk dan harga yang dijual setelah pelanggan melakukan permintaan surat penawaran. Kelebihan quotation ini ialah membolehkan pelanggan mengetahui kuantiti barang dan harga secara rasmi yang terdapat di syarikat tersebut.
Aktiviti :
1. Petugas membimbing usahawan untuk membuka Microsoft Excell dan menerangkan kepada usahawan template yang sudah tersedia.
2. Petugas membimbing usahawan untuk meletakkan logo, nama syarikat serta butir-butiran syarikat.
3. Kemudian, usahawan dibimbing untuk meletakkan senarai barang, kuantiti serta harga.
4. Selesai. usahawan mencetak 'quotation' yang ditulis.