Tarikh : 8 / 02/ 2024
Masa : 2.00 petang - 3.00 Petang
Lokasi : PEDi Taman Prestij II
Peserta :  3 orang

 

Tujuan  

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih para pelajar peringkat rendah yang berada di dalam komuniti di kawasan ini. Latihan ini bertujuan untuk memahirkan pelajar dengan mengenali asas komputer di dalam kehidupan seharian mereka. Pelajar diberikan pendedahan dengan peralatan-peralatan serta komponen yang terdapat di komputer. Latihan yang diberikan telah diuji dengan cabaran menjawab kuiz di dalam bentuk e-learning. Latihan ini telah dikendalikan oleh petugas dengan jayanya.

Aktiviti :

1. Petugas melayari laman web https://wordwall.net/ms-my/community/kenali-komputer

2. Para pelajar komponen komputer bedasarkan video yang ditayangkan.

3. Pelajar menjawab soalan.

4.  Selesai dan cetak soalan beserta jawapan.

 

GAMBAR DISINI


 

Tarikh :7 / 02 / 2024
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : PEDi Taman Prestij II
Peserta

: 6 orang 

 

Tujuan

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih  komuniti Taman Prestij terutamanya  untuk pelajar sekolah rendah membina keyakinan diri  menambahkan pengetahuan serta menambah baik kemahiran yang ada. Pelajar sekolah rendah diberi bimbingan untuk membuat pengucapan awam untuk bercakap di khalayak ramai.

Aktiviti : 

Di dalam slot ini, petugas memberi pendedahan taklimat kepada pelajar untuk mengetahui asas Pengucapan Awam:

1. Petugas membimbing usahawan dengan membuka link yang diberikan iaitu https://www.youtube.com/watch?v=TQM90qatP2A

2. Seterusnya, pelajar mendengar taklimat yang diberikan antaranya ialah cara keyakinan diri, cara memulakan pengucapan dan lain-lain.

3. Pertanyaan soalan

6. Selesai. 

 

GAMBAR DISINI


 

 

Tujuan  

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih komuniti di kawasan ini. Latihan ini bertujuan untuk memahirkan komuniti untuk mempelajari menggunakan microsoft office word untuk membuat surat kiriman rasmi bagi urusan surat menyurat. Latihan yang diberikan adalah mempelajari format surat kiriman rasmi.

Aktiviti :

1. Petugas membimbing komuniti membuka Microsoft Office Word

2. Kemudian, komuniti dibimbing oleh petugas untuk mengetahui ikon yang terdapat di microsoft word.

3. Pelajar dibimbing menulis surat kiriman rasmi berdasarkan penerangan yang diberi oleh petugas.

4.  Selesai, komuniti mencetak latihan yang dibuat.

 

GAMBAR DISINI


 

 

Tujuan adalah untuk membimbing usahawan untuk membina profil perniagaan. Profil perniagaan ialah satu identiti bagi usahawan untuk memberitahu jenis perkhidmatan yang disediakan serta lesen-lesen yang dimilikinya.

Aktiviti

1. Petugas membimbing usahawan membina profil perniagaan.

2.Kemudian, usahawan membina profil mengikut template yang disediakan.

4. Usahawan menulis butiran-butiran perniagaan seperti misi, visi, carta organisasi, sijil-sijil dan lain-lain lagi.

6.Selesai.

 

GAMBAR DISINI


 

 

Tarikh : 2 / 02 / 2024
Masa : 2.00 Petang - 5.00 Petang
Lokasi : PEDi Taman Prestij II
Peserta

: 7 orang

 

Tujuan

Tujuan adalah untuk memastikan pengguna dari kalangan komuniti Taman Prestij ini yang terdiri dari pelajar sekolah rendah dapat mengenali setiap komponen komputer dan perkakasan yang terdapat di PEDi. Malahan, melalui latihan ini dapat menambahkan pengetahuan ICT kepada pelajar-pelajar ini. 

Aktiviti

1. Petugas membuka video pengenalan komputer kepada pelajar sekolah rendah.

2.Kemudian, petugas menerangkan pendahuluan mengenai apa itu komputer dengan menerangkan melalui visual bergambar dan sedikit animasi.

3. Seterusnya, petugas menjalankan aktiviti permainan meneka perkakasan komputer supaya pelajar dapat berfikir dengan lebih kreatif dan dapat mengingati perkakasan dengan lebih mudah. 

4. Akhir sekali, pelajar perlu menjawab kuiz mengenali komponen komputer. 

5. Selesai

 

GAMBAR DISINI