Tarikh | : 1 / 02 / 2024 |
Masa | : 10.00 pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : PEDi Taman Prestij II |
Peserta | : 14 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih komuniti di kawasan ini. Latihan ini bertujuan untuk menambah kemahiran untuk memberi tunjuk ajar kepada komuniti sekali gus dapat menjana pendapatan para komuniti yang terlibat. Peserta didedahkan dengan pengenalan cara menyediakan kuih dari awal hingga akhir.
Aktiviti :
1. Tenaga pengajar membimbing komuniti dengan menerangkan pengenalan mengenai bahan-bahan, peralatan yang digunakan dan sebagainya.
2. Kemudian, komuniti dibimbing menyediakan muffin tersebut.
3. Seterusnya, disertakan aktiviti selingan penerangan mengenai Klik Dengan Bijak.
4. Selesai.
Tarikh | : 28 / 01 / 2024 |
Masa | : 10.00 Pagi - 11.00 Pagi |
Lokasi | : PEDi Taman Prestij II |
Peserta |
: 2 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih pelajar yang berada di dalam komuniti di kawasan ini. Pembelajaran STEM adalah pendekatan interdisiplin yang mengintegrasikan teknologi, kejuruteraan dan matematik ke dalam paradigma pembelajaran yang lebih bermakna. Antara manfaat pembelajaran stem ialah mencetus budaya rekacipta dan inovasi di peringkat sekolah lagi serta meningkatkan daya kreativiti, sikap berbudaya saing dan cuba jaya dalam kalangan murid.
Aktiviti :
1. Petugas membimbing pelajar mengadakan eksperimen jambatan straw dengan hasil tersendiri.
2. Para pelajar diberikan penerangan mengenai bahan-bahan yang diperlukan untuk mengadakan eksperimen ini.
3. Para pelajar membuat eksperimen dengan mengikuti tutorial yang terdapat di laman web https://www.youtube.com/watch?v=mdNl1tCgT8o
4. Ruangan soalan & Selesai.
Tarikh | 27 / 01 / 2024 |
Masa | : 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : PEDi Taman Prestij |
Peserta |
: 5 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih pelajar sekolah rendah yang berada di kalangan komuniti Taman Prestij terutamanya golongan komuniti untuk menambahkan pengetahuan serta menambah baik kemahiran yang ada. Didalam slot latihan Soft Skill komuniti di ajar cara mengenali personaliti dan cara berkomunikasi secara berkumpulan.
Aktiviti :
Di dalam slot ini, petugas memberi pendedahan taklimat kepada komuniti asas Kemahiran Berkomunikasi.
1. Petugas membimbing pelajar dengan membuka link yang diberikan iaitu di https://www.youtube.com/watch?v=4AvSvZkmDJU&t=29s
2. Seterusnya, menerusi video penerangan secara digital itu petugas menerangkan antara jenis kemahiran sosial antaranya berkomunikasi sesama rakan, cara untuk menguruskan kemahiran ini dan sebagainya.
3. Pertanyaan soalan
6. Selesai.
Tarikh | : 27 / 01 / 2024 |
Masa | : 2.00 petang - 4.00 Petang |
Lokasi | : PEDi Taman Prestij II |
Peserta | : 4 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih komuniti di kawasan ini. Latihan ini bertujuan untuk memahirkan komuniti untuk mempelajari menggunakan microsoft office word untuk membuat surat kiriman rasmi bagi urusan surat menyurat. Latihan yang diberikan adalah mempelajari format surat kiriman rasmi.
Aktiviti :
1. Petugas membimbing komuniti membuka Microsoft Office Word
2. Kemudian, komuniti dibimbing oleh petugas untuk mengetahui ikon yang terdapat di microsoft word.
3. Pelajar dibimbing menulis surat kiriman rasmi berdasarkan penerangan yang diberi oleh petugas.
4. Selesai, komuniti mencetak latihan yang dibuat.
Tarikh | : 24 / 01 / 2024 |
Masa | : 5.00 Petang - 6.00 Petang |
Lokasi | : Sk Kongsi Balik Pulau |
Peserta |
: 12 orang |
Tujuan
Pedi Taman Prestij II turut menyampaikan taklimat mengenai Klik dengan Bijak kepada komuniti. Antara perkongsian yang diberikan ialah 'Maklumat Palsu'. Maklumat yang diterima melalui media sosial dan aplikasi mesej tidak selalunya benar dan tepat, meskipun ia dihantar oleh orang yang dikenali.Meskipun Internet memberi kita akses pada maklumat dengan pantas, kita patut berhenti seketika dan tanya: Adakah maklumat itu sahih? Ketahui cara menentusahkan maklumat yang diterima dalam talian. Di samping itu, program sebegini dapat mempromosikan Pusat Ekonomi Digital dalam komuniti setempat. Secara tidak langsung, komuniti setempat tahu akan kewujudan Pusat Ekonomi Digital serta dapat merapatkan hubungan antara petugas dan komuniti setempat.
Aktiviti
1. Petugas memberi penerangan sedikit mengenai Klik Dengan Bijak.
2. Kemudian, petugas menerangkan mengenai apa itu Klik Dengan Bijak dengan menayangkan video kepada komuniti serta menerangkan jenis-jenis penyalahgunaan di internet.
4.Selesai