Tujuan  

Tujuan latihan ini diadakan adalah adalah untuk memperkenalkan teknologi kecerdasan buatan (AI) kepada pelajar dan membantu mereka memahami serta memanfaatkan AI dalam kehidupan seharian. Serta meningkatkan kesedaran tentang bagaimana AI berfungsi dan aplikasinya dalam pelbagai bidang seperti perniagaan, pendidikan, kesihatan, dan lain-lain.

Aktiviti :

1. Petugas membimbing komuniti dengan membuka laman web https://www.bing.com/images/create

2. Kemudian, komuniti dibimbing oleh petugas untuk mereka prompt bagi menghasilkan gambar.

3. Dengan menggunakan Ai dari teks boleh menghasilkan gambar

4.  Muat turun gambar & Selesai.

 

GAMBAR DISINI


 

Tarikh :  19 / 10 / 2024
Masa : 3.00 Petang- 6.00 Petang
Lokasi : NADI Taman Prestij II
Peserta

: 24 orang 

 

Tujuan

Tujuan saringan Mobile Legend ini adalah untuk mencari wakil yang akan mewakili NADI dalam pertandingan yang lebih besar. Selain itu, terdapat banyak kebaikan esport, antaranya kemahiran Strategi, Esport mengajar pemain untuk merancang dan melaksanakan strategi, yang boleh dipindahkan ke dalam situasi kehidupan sebenar. Kerjasama Pasukan Permainan seperti Mobile Legend memerlukan komunikasi dan kerjasama yang baik, membantu membina kemahiran kerja berpasukan, Pembangunan Daya Tahan: Pemain belajar untuk menghadapi tekanan dan mengatasi cabaran, yang meningkatkan daya tahan mental, serta Peluang Kerjaya kini Esport semakin berkembang sebagai industri, membuka peluang untuk kerjaya dalam pelbagai bidang seperti pengurusan, pemasaran, dan kejurulatihan.

Aktiviti : 

1. Marshall memberi taklimat mengenai permainan serta cara permainan dimainkan iaitu secara Kalah Mati.

2. Ketua kumpulan melakukan cabutan undi untuk menentukan kedudukan permainan. Ini bertujuan memastikan proses penentuan kedudukan berlangsung secara adil dan telus. 

3. Pertandingan dijalankan secara dua pusingan untuk menentukan pemenang.

6. Sesi bergambar & selesai. 

 

GAMBAR DISINI


 

Tarikh : 10 / 10 / 2024
Masa : 3.00 Petang - 5.00 Petang
Lokasi : NADI Taman Prestij II
Peserta

: 5 orang

 

Tujuan

Tujuan latihan ini diadakan adalah membantu pelajar sekolah menengah menyiapkan slide pembentangan kepada pihak sekolah uuntuk melengkapkan tugasan yang diberikan. Seterusnya memberi pendedahan kepada pelajar untuk menghasilkan slide mengikut kreativiti sendiri. 

Aktiviti : 

1. Petugas membantu pelajar cara untuk menghasilkan slide pembentangan iaitu dari segi cara untuk membina slide, animasi, gambar. Tajuk slide ialah mengenai Biodata diri sendiri.

2. Kemudian, petugas mengajar cara menghasilkan animasi seperti gif kepada slide tersebut supaya terlihat lebih kreatif dan menarik. 

3. Pelajar memasukkan teks dan gambar mengikut kreativitinya tersendiri.

4. Selesai petugas memuat turun slide tersebut.

 

GAMBAR DISINI

 


 

Tarikh :  11 / 10 / 2024
Masa : 9.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : NADI Taman Prestij
Peserta

: 5 orang 

 

Tujuan

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih pelajar sekolah rendah yang berada di kalangan komuniti Taman Prestij terutamanya golongan komuniti untuk menambahkan pengetahuan serta menambah baik kemahiran yang ada. Didalam slot latihan Soft Skill komuniti di ajar cara mengenali personaliti dan cara berkomunikasi secara berkumpulan.

Aktiviti : 

Di dalam slot ini, petugas memberi pendedahan taklimat kepada komuniti asas Kemahiran Berkomunikasi.

1. Petugas membimbing pelajar dengan memaparkan penerangan mengenai apa itu Softskill.

2. Seterusnya, menerusi video penerangan secara digital itu petugas menerangkan antara jenis kemahiran sosial antaranya berkomunikasi sesama rakan, cara untuk menguruskan kemahiran ini dan sebagainya.

3. Pertanyaan soalan

6. Selesai. 

 

GAMBAR DISINI


 

 

Tujuan  

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih komuniti di kawasan ini. Latihan ini bertujuan untuk memahirkan komuniti untuk mempelajari menggunakan microsoft office word untuk membuat latihan kerja sekolah. Latihan yang diberikan adalah membuat kerja kursus geografi.

Aktiviti :

1. Petugas membimbing komuniti membuka Microsoft Office Word

2. Kemudian, komuniti dibimbing oleh petugas untuk mengetahui ikon yang terdapat di microsoft word.

3. Komuniti dibimbing menulis menggunakan format seperti Pengenalan, pendahuluan dan sebagainya.

4.  Selesai, komuniti mencetak latihan yang dibuat.

 

GAMBAR DISINI