Tarikh | : 10 / 8 /2024 |
Masa | : 2.00 petang - 4.00 Petang |
Lokasi | : NADI Taman Prestij II |
Peserta | : 2 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih usahawan untuk menjana pendapatan tambahan dengan mendaftar Whatsapp Business. WhatsApp Business membolehkan anda membuat profil perniagaan yang lengkap dengan pelbagai maklumat penting, seperti alamat, waktu bekerja, butiran perniagaan dan alamat e-mel. Ini boleh membantu pelanggan mendapatkan maklumat yang mereka perlukan dengan mudah dan memberikan imej profesional kepada perniagaan.
Aktiviti :
1. Petugas membimbing komuniti untuk log masuk ke aplikasi Whatsapp Web.
2. Kemudian, di telefon akan terpapar sebuah kod QR khusus, dimana komuniti perlu mengimbasnya. Untuk mengimbas, buka aplikasi WhatsApp, dan pilih menu WhatsApp Web. Imbas kod QR berkenaan, dan akan log masuk ke perkhidmatan WhatsApp untuk digunakan melalui web.
3. Kemudian akan terpapar notifikasi, mesej yang terdapat di aplikasi Whatsapp.
4. Komuniti boleh menggunakan whatsapp dengan lebih mudah menggunakan layar skrin yang lebih besar dan mempercepatkan urusan muat turun dokumen.
5. Selesai
Tarikh | : 9 / 08 / 2024 |
Masa | : 4.00 petang - 6.00 Petang |
Lokasi | : NADI Taman Prestij II |
Peserta | : 5 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih komuniti di kawasan ini. Latihan ini bertujuan untuk memahirkan komuniti untuk mengetahui komponen-komponen yang terdapat di dalam komputer serta memahirkan jari untuk menggunakan papan kekunci.
Aktiviti :
1. Petugas membimbing komuniti dengan menerangkan pengenalan mengenai komputer.
2. Kemudian, komuniti dibimbing oleh petugas untuk mengetahui komponen, ikon yang terdapat dalam komputer.
3. Pelajar dibimbing untuk melatih jari dengan menggunakan aplikasi ini https://play.typeracer.com/
4. Selesai.
Tarikh | : 28 / 07 / 2024 |
Masa | : 4.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : NADI Taman Prestij |
Peserta |
: 2 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih pelajar sekolah rendah yang berada di kalangan komuniti Taman Prestij terutamanya golongan komuniti untuk menambahkan pengetahuan serta menambah baik kemahiran yang ada. Didalam slot latihan Soft Skill komuniti di ajar cara mengenali personaliti dan cara berkomunikasi secara berkumpulan.
Aktiviti :
Di dalam slot ini, petugas memberi pendedahan taklimat kepada komuniti asas Kemahiran Berkomunikasi.
1. Petugas membimbing pelajar dengan memaparkan penerangan mengenai apa itu Softskill.
2. Seterusnya, menerusi video penerangan secara digital itu petugas menerangkan antara jenis kemahiran sosial antaranya berkomunikasi sesama rakan, cara untuk menguruskan kemahiran ini dan sebagainya.
3. Pertanyaan soalan
6. Selesai.
Tarikh | 7 / 08 / 2024 |
Masa | : 10.00 pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : NADI Taman Prestij II |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih komuniti yang berada di kalangan komuniti Taman Prestij II terutamanya untuk menggunakan Microsoft Office Excell didalam urusan seharian mereka. Aplikasi ini dapat memudahkan untuk membuat laporan kewangan, menyimpan sebarang dokumen perniagaan dengan mudah dan pantas. Komuniti diajar cara membuat senarai 'checklist' dengan mudah menggunakan Microsoft Excell.
Aktiviti :
1. Petugas membimbing komuniti untuk membuka Microsoft Office Excell dan menerangkan mengenai saiz , margin, potrait, landscape dan sebagainya.
2. Petugas membimbing komuniti untuk memilih saiz tulisan dan jenis tulisan yang mahu digunakan seperti Times New Roman, Arial dan sebagainya.
3. Komuniti belajar menghasilkan kotak , memasukkan imej ke dalam dokumen yang ditulis.
4. Selesai. Komuniti mencetak dokumen yang dihasilkan.
Tarikh | : 28 / 07 / 2024 |
Masa | : 2.00 Petang - 4.00 Petang |
Lokasi | : NADI Taman Prestij II |
Peserta |
: 5 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih pelajar yang berada di dalam komuniti di kawasan ini. Pembelajaran STEM adalah untuk melihat sejauh mana perkembangan dan kefahaman pelajar terhadap ilmu coding serta corak pemikiran kritis dan KBAT
Aktiviti :
1. Petugas membimbing pelajar membuka aplikasi https://scratch.mit.edu/
2. Para pelajar diberikan penerangan pengenalan cara coding diagram untuk menghasilkan contohnya animasi bergerak.
3. Para pelajar mengikuti satu persatu cara coding menggunakan tutorial yang dibimbing oleh petugas.
4. Selesai