Tarikh | : 7 / 10 / 2024 |
Masa | : 3.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : NADI Taman Prestij II |
Peserta | : 1 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih komuniti di kawasan ini. Latihan ini bertujuan untuk memahirkan komuniti untuk mempelajari menggunakan microsoft office word untuk membuat latihan kerja sekolah. Latihan yang diberikan adalah membuat kerja kursus geografi.
Aktiviti :
1. Petugas membimbing komuniti membuka Microsoft Office Word
2. Kemudian, komuniti dibimbing oleh petugas untuk mengetahui ikon yang terdapat di microsoft word.
3. Komuniti dibimbing menulis menggunakan format seperti Pengenalan, pendahuluan dan sebagainya.
4. Selesai, komuniti mencetak latihan yang dibuat.
Tarikh | : 05 / 10 / 2024 |
Masa | : 3.00 Petang - 5.00 Petang |
Lokasi | : NADI Taman Prestij II |
Peserta |
: 8 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah membantu pelajar sekolah rendah menyiapkan slide pembentangan kepada pihak sekolah uuntuk melengkapkan tugasan yang diberikan. Seterusnya memberi pendedahan kepada pelajar untuk menghasilkan slide mengikut kreativiti sendiri.
Aktiviti :
1. Petugas membantu pelajar cara untuk menghasilkan slide pembentangan iaitu dari segi cara untuk membina slide, animasi, gambar. Tajuk slide ialah mengenai Biodata diri sendiri.
2. Kemudian, petugas mengajar cara menghasilkan animasi seperti gif kepada slide tersebut supaya terlihat lebih kreatif dan menarik.
3. Pelajar memasukkan teks dan gambar mengikut kreativitinya tersendiri.
4. Selesai petugas memuat turun slide tersebut.
Tarikh | : 27 / 09 / 2024 |
Masa | : 9.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : Sk Tan Sri Awang Had Salleh |
Peserta |
: 240 orang |
Tujuan
Program klik dengan bijak (KDB) yang dianjurkan bersama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diadakan untuk memberikan kesedaran tentang betapa pentingkan menggunakan internet dengan cara betul. Ini bagi mengelakkan penyalahgunaan internet dan maklumat peribadi. Tambahan pula, ia juga bertujuan untuk mendidik para peserta golongan muda khasnya supaya lebih berhati-hati apabila melayari laman sosial seperti Facebook, Instagram, Youtube dan sebagainya. Ianya adalah untuk memberi kesedaran dan juga menasihati para peserta supaya tidak terlalu oversharing maklumat diri mereka di laman sosial dan kesan bahayanya oversharing.
Di samping itu, terdapat juga program STEM bersama pelajar. Secara ringkas, program ini berfungsi untuk mempersiapkan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan dalam dunia teknologi yang semakin maju.
1. Petugas memberi penerangan sedikit mengenai Klik Dengan Bijak.
2. Kemudian, petugas menerangkan mengenai apa itu Klik Dengan Bijak dengan menayangkan video kepada komuniti serta menerangkan jenis-jenis penyalahgunaan di internet.
3. Terdapat sedikit kuiz selingan untuk kefahaman.
4.Selesai
Tarikh | 27 / 09 / 2024 |
Masa | : 3.00 petang - 6.00 petang |
Lokasi | : NADI Taman Prestij II |
Peserta |
: 5 orang |
Tujuan adalah untuk membimbing usahawan untuk membina profil perniagaan. Profil perniagaan ialah satu identiti bagi usahawan untuk memberitahu jenis perkhidmatan yang disediakan serta lesen-lesen yang dimilikinya.
Aktiviti
1. Petugas membimbing usahawan membina profil perniagaan.
2.Kemudian, usahawan membina profil mengikut template yang disediakan.
4. Usahawan menulis butiran-butiran perniagaan seperti misi, visi, carta organisasi, sijil-sijil dan lain-lain lagi.
6.Selesai.
Tarikh | : 25 / 09 / 2024 |
Masa | : 2.00 Petang - 4.00 Petang |
Lokasi | : NADI Taman Prestij II |
Peserta |
: 5 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih pelajar yang berada di dalam komuniti di kawasan ini. Pembelajaran STEM adalah untuk melihat sejauh mana perkembangan dan kefahaman pelajar terhadap ilmu coding serta corak pemikiran kritis dan KBAT
Aktiviti :
1. Petugas membimbing pelajar membuka aplikasi https://scratch.mit.edu/
2. Para pelajar diberikan penerangan pengenalan cara coding diagram untuk menghasilkan contohnya animasi bergerak.
3. Para pelajar mengikuti satu persatu cara coding menggunakan tutorial yang dibimbing oleh petugas.
4. Selesai