Tarikh | : 27/ 8 / 2024 |
Masa | : 11.00 pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : NADITaman Prestij II |
Peserta | : 1 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih usahawan untuk menjana pendapatan tambahan dengan mendaftar Whatsapp Business. WhatsApp Business membolehkan anda membuat profil perniagaan yang lengkap dengan pelbagai maklumat penting, seperti alamat, waktu bekerja, butiran perniagaan dan alamat e-mel. Ini boleh membantu pelanggan mendapatkan maklumat yang mereka perlukan dengan mudah dan memberikan imej profesional kepada perniagaan.
Aktiviti :
1. Petugas membimbing komuniti untuk log masuk ke aplikasi Whatsapp Web.
2. Kemudian, di telefon akan terpapar sebuah kod QR khusus, dimana komuniti perlu mengimbasnya. Untuk mengimbas, buka aplikasi WhatsApp, dan pilih menu WhatsApp Web. Imbas kod QR berkenaan, dan akan log masuk ke perkhidmatan WhatsApp untuk digunakan melalui web.
3. Kemudian akan terpapar notifikasi, mesej yang terdapat di aplikasi Whatsapp.
4. Komuniti boleh menggunakan whatsapp dengan lebih mudah menggunakan layar skrin yang lebih besar dan mempercepatkan urusan muat turun dokumen.
5. Selesai
Tarikh | 23 / 09 / 2024 |
Masa | : 10.00 pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : NADI Taman Prestij II |
Peserta |
: 1 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih komuniti yang berada di kalangan komuniti Taman Prestij II terutamanya untuk menggunakan Microsoft Office Excell didalam urusan seharian mereka. Aplikasi ini dapat memudahkan untuk membuat sistem pemarkahan pelajar serta memudahkan para guru untuk menyimpan rekod pelajar. Komuniti diajar cara membuat senarai 'checklist' dengan mudah menggunakan Microsoft Excell.
Aktiviti :
1. Petugas membimbing komuniti untuk membuka Microsoft Office Excell dan menerangkan mengenai saiz , margin, potrait, landscape dan sebagainya.
2. Petugas membimbing komuniti untuk memilih saiz tulisan dan jenis tulisan yang mahu digunakan seperti Times New Roman, Arial dan sebagainya.
3. Komuniti belajar menghasilkan kotak , memasukkan imej ke dalam dokumen yang ditulis.
4. Selesai. Komuniti mencetak dokumen yang dihasilkan.
Tarikh | : 21 / 09 / 2024 |
Masa | : 9.00 Pagi - 5.00 Petang |
Lokasi | : NADI Taman Prestij II |
Peserta |
: 20 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih pelajar yang berada di dalam komuniti di kawasan ini. Pembelajaran STEM adalah untuk melihat sejauh mana perkembangan dan kefahaman pelajar terhadap ilmu coding serta corak pemikiran kritis dan KBAT. Tujuan kelas STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik) adalah untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang-bidang yang penting bagi perkembangan teknologi serta inovasi.
Aktiviti :
1. Petugas membimbing pelajar kelas pemahaman STEM dengan melihat video tutorial di Youtube https://youtu.be/0xFOnhDE9fk?si=9EwpUj4FXGfrlNvA.
2. Para pelajar diberikan masa 30 minituntuk memahami video tersebut.
3. Para pelajar menghasilkan kereta berkincir dengan menggunakan bahan yang disediakan.
4. Pemarkahan aktiviti STEM pelajar & bergambar.
5. Selesai
Tarikh | : 22 / 09 / 2024 |
Masa | : 9.00 Pagi - 1.00 Tengahari |
Lokasi | : NADI Taman Prestij II |
Peserta |
: 20 orang |
Tujuan
Di dalam slot ini komuniti diberi taklimat advokasi Klik dengan Bijak 'Bahaya Scammer'. Objektif latihan seperti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada komuniti mengenai penggunaan internet secara selamat dan berhemah. "Scammer Klik Dengan Bijak" merujuk kepada kempen kesedaran yang bertujuan untuk mendidik masyarakat tentang bahaya penipuan dalam talian (scammer) dan cara-cara untuk mengelak daripada menjadi mangsa. Ia merupakan sebahagian daripada inisiatif Klik Dengan Bijak, sebuah program di Malaysia yang dilancarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mempromosikan penggunaan internet secara selamat dan beretika
Aktiviti
1. Petugas memberi penerangan sedikit mengenai Klik Dengan Bijak (Scammer) di laman web https://klikdenganbijak.my/
2. Kemudian, petugas menerangkan mengenai apa itu Klik Dengan Bijak dengan menayangkan video kepada komuniti serta menerangkan jenis scammer yang terdapat di laman media sosial.
3. Terdapat sedikit kuiz selingan untuk kefahaman.
4.Selesai
Tarikh | : 20 / 09 / 2024 |
Masa | : 3.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : NADI Taman Prestij II |
Peserta | : 10 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah adalah untuk memperkenalkan teknologi kecerdasan buatan (AI) kepada orang awam dan membantu mereka memahami serta memanfaatkan AI dalam kehidupan seharian. Serta meningkatkan kesedaran tentang bagaimana AI berfungsi dan aplikasinya dalam pelbagai bidang seperti perniagaan, pendidikan, kesihatan, dan lain-lain.
Aktiviti :
1. Petugas membimbing komuniti dengan menerangkan cara untuk mendaftar aplikasi Ai untuk rakyat https://aiur.ai.gov.my/
2. Kemudian, komuniti dibimbing oleh petugas untuk menjawab soalan sehingga selesai.
3. Komuniti berjaya menjawab soalan dan diberi badge Ai.
4. Selesai.