Tarikh | : 23 / 08 / 2024 |
Masa | : 9.00 Pagi - 11.00 Tengahari |
Lokasi | : NADI Taman Prestij II |
Peserta | : 1 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih usahawan untuk membuat pendaftaran di Google Business, petugas memberi tunjuk ajar kepada usahawan berkaitan pemasaran produk dalam talian menggunakan platform Google Business. Google Business ialah satu aplikasi untuk memperkenalkan perniagaan penduduk setempat secara percuma serta memudahkan pelanggan untuk mengetahui lokasi perniagaan tersebut. Aplikasi ini dapat memudahkan para usahawan baru untuk meningkatkan jualannya di dalam platform ini.
Aktiviti :
Di dalam slot ini, petugas memberi pendedahan cara-cara untuk usahawan meletakkan alamat perniagaan di Google Business:
1. Petugas membimbing usahawan untuk membuka aplikasi Google Business
2. Seterusnya usahawan perlu Sign Up menggunakan email Google yang aktif.
3. Petugas membimbing usahawan cara membuat pendaftaran iaitu memasukkan nama perniagaan, alamat, poskod dan lain-lain lagi.
4. Serta usahawan perlu memuatnaik gambar produk yang dijual.
6. Selesai
Tarikh | : 21 / 8 / 2024 |
Masa | : 9.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : SMK Sacred Heart |
Peserta |
: 50 orang |
Tujuan
Program Advokasi perlindungan kanak-kanak yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diadakan untuk usaha berterusan Kementerian dalam mengerakkan semua anggota masyarakat agar bersama melindungi dan membina persekitaran selamat untuk kanak-kanak. Program ini menjadi platform kepada masyarakat setempat khususnya guru-guru, PIBG dan komuniti setempat untuk berperanan dalam membantu KPWKM mencegah berlakunya peningkatan kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak.
Aktiviti
1. Pegawai MCMC memberi penerangan mengenai perlindungan kanak-kanak menerangkan sistem Talian Kasih 15999 atau whatsapp 019-2615999 apabila berlakunya kes-kes penderaan yang melibatkan anggota masyarakat, komuniti khususnya kanak-kanak untuk mendapatkan pertolongan dan bantuan segera.
2. Selesai
Tarikh | : 18 / 08 / 2024 |
Masa | : 3.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : NADI Taman Prestij II |
Peserta |
: 6 orang |
Tujuan
Tujuan adalah untuk membantu belia menguasai kemahiran mereka poster dengan menggunakan aplikasi yang terdapat di laman sesawang. Tujuan membuat poster ini ialah untuk menambahkan ilmu membuat poster dan lain-lain lagi. Serta memperluaskan ilmu belia dengan mempelajari Ai (Artificial Intelligence).
Aktiviti :
1. Petugas membimbing belia untuk melayari laman web https://www.bing.com/images/create untuk mereka poster.
2. Petugas membantu belia menulis kombinasi ayat untuk dijana menggunakan Ai.
3. Kemudian, Ai akan menjana gambar melalui ayat yang ditulis.
4. Selesai & memuat turun
Tarikh | : 18 / 08 /2024 |
Masa | : 5.00 petang - 6.00 Petang |
Lokasi | : NADI Taman Prestij II |
Peserta | : 3 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih komuniti di kawasan ini. Latihan ini bertujuan untuk memahirkan komuniti untuk mempelajari menggunakan microsoft office word untuk membuat template cover folio. Latihan yang diberikan adalah mempelajari cara menggunakan microsoft word dengan kreaitviti masing-masing untuk membuat cover folio.
Aktiviti :
1. Petugas membimbing komuniti membuka Microsoft Office Word.
2. Kemudian, komuniti dibimbing oleh petugas untuk mengetahui ikon yang terdapat di microsoft word.
3. Pelajar dibimbing menghasilkan template folio berdasarkan penerangan yang diberi oleh petugas.
4. Selesai, komuniti mencetak latihan yang dibuat.
Tarikh | : 17 / 08 / 2024 |
Masa | : 9.00 pagi - 11.00 pagi |
Lokasi | : NADI Taman Prestij II |
Peserta | : 2 orang |
Tujuan
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk melatih komuniti di kawasan ini. Latihan ini bertujuan untuk memahirkan komuniti untuk mengetahui komponen-komponen yang terdapat di dalam komputer serta memahirkan jari untuk menggunakan papan kekunci.
Aktiviti :
1. Petugas membimbing komuniti dengan menerangkan pengenalan mengenai komputer.
2. Kemudian, komuniti dibimbing oleh petugas untuk mengetahui komponen, ikon yang terdapat dalam komputer.
3. Pelajar dibimbing untuk melatih jari dengan menggunakan aplikasi ini https://10fastfingers.com/typing-test/english
4. Selesai.