CELIK IT ANAS MUDRIK BIN AHMAD NAJIB

Nama : NUR MUHAMMAD AL HAFIZ
Umur : 6 Tahun
Ahli :  2022

 

Latar Belakang

Al Hafiz merupakan pelajar 6 Tahun yang aktif mempelajari kelas komputer.  Semangat beliau untuk mempelajari kelas-kelas komputer yang dianjurkan oleh PEDi sangatlah tinggi dan mendalam. Beliau akan menghadiri kelas komputer yang diadakan pada setiap hari sabtu dan ahad mengikut jadual yang disusun oleh PEDi. Meskipun hanya berumur 6 tahun beliau rajin mempelajari dan berusaha untuk mengenali komputer.

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi

Sebelum beliau menyertai kelas ICT bersama PEDi, Al-Hafiz agak kekok untuk menggunakan perkakasan komputer. Beliau merasakan sukar dan susah difahami.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi

Melalui kelas ICT yang dibimbing oleh petugas PEDi Taman Prestij II, beliau sudah mahir untuk menggunakan papan kekunci bagi untuk menulis dan sebagainya. Serta beliau boleh melayari laman web internet dengan sendiri.

 


 

USAHAWAN MENJUAL KEROPOK LEKOR

Nama : WAN FADZILAH BINTI YAHAYA
Umur : 45 Tahun
Ahli : 2022

 

Latar Belakang

Puan Fadzilah merupakan seorang usahawan. Beliau adalah anak kelahiran Sungai Pinang, Balik Pulau, Pulau Pinang. Minat beliau terhadap perniagaan bermula sejak kecil lagi. Malahan ketika pandemik membuatkan perniagaan beliau mendapat keuntungan yang tinggi. Beliau juga menambahkan peluang perniagaan kepada wanita komuniti setempat.

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan 

Sebelum beliau melibatkan diri dengan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Taman Prestij II, beliau kurang mahir akan ICT  serta cara untuk membuat promosi di media sosial serta langkah yang betul untuk perniagaan yang beliau usahakan. Malahan  kurang mendapat sambutan pembelian daripada pelanggan mungkin kerana dari segi promosi tiada.
 
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan

Melalui kelas-kelas yang telah Petugas aturkan iaitu latihan Fb page, rekabentuk poster, latihan ict, kelas tiktok dan pelbagai kelas dianjurkan yang dibimbing oleh para Pengurus Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia. Berkat semangat beliau mempelajari sedikit sebanyak dapat membantu beliau dalam urusan perniagaan dan cara mempromosikannya didalam facebook, whatsapp serta instagram.  Perniagaan beliau mula mendapat sambutan dan daripada penduduk setempat dan luar. Beliau sering datang ke Pusat Internet memohon petugas memberikan tunjuk ajar sekiranya beliau ingin membuat sesuatu promosi, serta meminta pandangan dan pendapat untuk meningkatkan mutu perhikmatan dan sebagainya. Kebanyakkan orang mengetahui perniagaan beliau melalui facebook, Instagram, whatsapp, dan sebagainya. Keuntungan beliau meningkat mencecah 1000 sebulan. Setelah penglibatan beliau dengan PEDi jualan yang amat memberansangkan lagi dengan beliau mempraktikkan apa yang telah diberi tunjuk ajar serta beliau sering mencari kelainan dalam perniagaan beliau.

 

Picture1.jpg

 


 

PENGUSAHA HOMESTAY AIDANIE TELUK KUMBAR

Nama : SITI AIDAH BINTI WAHAB
Umur : 52 Tahun
Ahli : 2022

 

Latar Belakang

Puan Aida merupakan seorang usahawan. Beliau adalah anak kelahiran Kampung Teluk Kumbar, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Minat beliau terhadap perniagaan telah menampakkan usahanya sejak dari kecil. Apabila sudah meningkat usia beliau menceburi bidang perniagaan dan di samping itu beliau juga menjalankan perniagaan insurans. Di samping itu, minat yang mendalam terhadap perniagaan ini Beliau sentiasa mempromosikan homestay ini di facebook page, whatsapp business, dan instagram.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan 

Sebelum beliau melibatkan diri dengan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Taman Prestij II, beliau kurang mahir akan ICT  serta cara untuk membuat promosi di media sosial serta langkah yang betul untuk perniagaan yang beliau usahakan. Malahan  kurang mendapat sambutan pembelian daripada pelanggan mungkin kerana dari segi promosi tiada.
 
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan

Melalui kelas-kelas yang telah Petugas aturkan iaitu latihan Fb page, rekabentuk poster, latihan ict, dan pelbagai kelas dianjurkan yang dibimbing oleh para Pengurus Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia. Berkat semangat beliau mempelajari sedikit sebanyak dapat membantu beliau dalam urusan perniagaan dan cara mempromosikannya didalam facebook, whatsapp serta instagram.  Perniagaan beliau mula mendapat sambutan dan daripada penduduk setempat dan luar. Beliau sering datang ke Pusat Internet memohon petugas memberikan tunjuk ajar sekiranya beliau ingin membuat sesuatu promosi, serta meminta pandangan dan pendapat untuk meningkatkan mutu perhikmatan dan sebagainya. Kebanyakkan orang mengetahui perniagaan beliau melalui facebook, Instagram, whatsapp, dan sebagainya. Keuntungan beliau meningkat mencecah 500 sebulan. Setelah penglibatan beliau dengan PEDi jualan yang amat memberansangkan lagi dengan beliau mempraktikkan apa yang telah diberi tunjuk ajar serta beliau sering mencari kelainan dalam perniagaan beliau.

 

                                                        2dd02420-68c4-4e84-a843-6362fcce57ee.jpg    

 

 

CELIK IT AIDENN CHEAH WUN HUI

Nama : AIDENN CHEAH WUN HUI
Umur : 7 Tahun
Ahli :  2022

 

Latar Belakang

Aidenn merupakan seorang pelajar darjah satu yang bersemangat, pintar orangnya Beliau merupakan pelajar dari Sekolah Kebangsaan Jenis Cina Yeok Hwa.  Semangat beliau untuk mempelajari kelas-kelas komputer yang dianjurkan oleh PEDi sangatlah tinggi dan mendalam. Meskipun terdapat kekangan masa kerana jadual yang penuh namun beliau sentiasa menghadiri kelas komputer yang diadakan pada setiap hari sabtu dan ahad mengikut jadual yang disusun oleh PEDi. Pada asalnya beliau boleh dikatakan hanya mengetahui asas-asas IT saja tetapi setelah menghadiri kelas-kelas yang diadakan di PEDi beliau merupakan seorang yang mahir dalam penggunaan komputer. Beliau selalu hadir mengikuti kelas-kelas e-pembejalaran yang dianjurkan. Malahan beliau menghadiri kelas-kelas asas komputer dan sebagainya.

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi

Sebelum beliau menyertai kelas ICT bersama PEDi, Aidenn agak kekok untuk menggunakan perkakasan komputer. Beliau merasakan sukar.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi

Melalui kelas ICT yang dibimbing oleh petugas PEDi Taman Prestij II, beliau merasakan perkakasan komputer seperti tetikus, papan kekunci mudah difahami dan memahirkan. Serta, melalui bimbingan ini menyenangkan beliau untuk mengetahui asas-asas komputer dan mempelajari maklumat hanya di hujung jari 

 

Screenshot_42.png

 


 

  CELIK IT MUHAMMAD QAYYUM BIN MOHD AZAN

Nama : MUHAMMAD QAYYUM BIN MOHD AZAN
Umur : 12 Tahun
Ahli : 2022

 

Latar Belakang

Muhammad Qayyum Bin Mohd Azan merupakan seorang pelajar darjah enam yang cerdik, pantas dan komited. Beliau merupakan pelajar dari Sekolah Kebangsaan Sungai Pinang. Beliau merupakan anak sulung di dalam keluarganya dan ibu nya ialah seorang guru pendidikan Islam. Semangat beliau untuk mempelajari kelas-kelas komputer yang dianjurkan oleh PEDi sangatlah tinggi dan mendalam. Meskipun jadual  sekolah beliau sentiasa padat namun beliau komited dengan sentiasa menghadiri kelas komputer yang diadakan pada setiap hari sabtu dan ahad mengikut jadual yang disusun oleh PEDi. Pada asalnya beliau boleh dikatakan hanya mengetahui asas-asas IT saja tetapi setelah menghadiri kelas-kelas yang diadakan di PEDi beliau merupakan seorang yang mahir dalam penggunaan komputer. Beliau selalu hadir mengikuti kelas-kelas e-pembejalaran yang dianjurkan. Malahan beliau menghadiri kelas Microsoft office dan multimedia. Selain itu, beliau juga melayari internet dalam mengumpulkan segala maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran. Hingga kini beliau mahir dalam menggunakan Microsoft Office dan aplikasi ICT.

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi

Sebelum beliau menyertai kelas multimedia bersama PEDi, Muhammad Qayyum agak kekok untuk menggunakan aplikasi Multimedia seperti Canva. Beliau merasakan aplikasi Canva agak rumit dan perlu masa yang banyak untuk difahami.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi

Melalui kelas ICT yang dibimbing oleh petugas PEDi Taman Prestij II, beliau merasakan aplikasi Canva sangat mudah difahami. Dan menyenangkan beliau untuk menyiapkan tugasan yang diminta oleh cikgu memandangkan pembelajarannya banyak menggunakan medium IT. Malahan mengembangkan bakat kreatifnya lagi dalam mereka poster dan sebagainya. 

 

 

                                                           96828f7a-bde6-4450-bf22-62680cce7b55.jpg