Nama : RUSYARIZA BINTI RAIMI
Umur : 27 Tahun
Ahli : 2022

 

Pn. Rusyariza merupakan seorang surirumah. Beliau adalah anak kelahiran Kampung Permatang Pasir, Balik Pulau.  Minat beliau yang mendalam terhadap perniagaan mula sejak di bangku sekolah iaitu dengan menjual kerepek dan sebagainya. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat diploma. Namun, semangat keusahawanannya masih ada dan tidak pernah luntur, ketika menjadi surirumah beliau meneruskan perniagaan dengan menjual makanan iaitu bakso, kuih bingka ubi, kek dan sebagainya. Beliau menggunakan media sosial bagi mempromosikan perniagaan nya sehingga mendapat tempahan sekitar Balik Pulau serta luar kawasan.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan 

Sebelum beliau melibatkan diri dengan Pusat Internet Taman Prestij II, beliau kurang mahir akan ICt serta cara untuk membuat promosi bagaimana cara dan langkah yang betul untuk perniagaan yang beliau usahakan. Malahan  kurang mendapat sambutan pembelian daripada pelanggan mungkin kerana dari segi promosi tiada.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan

Melalui kelas-kelas yang telah Pn. Rusyariza ikuti kelas facebook page, latihan ict, Latihan poster canva dan pelbagai kelas dianjurkan yang dibimbing oleh para Pengurus Pusat Ekonomi Digital Taman Prestij II. Oleh sebab, itulah sedikit sebanyak dapat membantu beliau dalam urusan perniagaan dan cara mempromosikannya didalam facebook, whatsapp serta instagram.  Perniagaan beliau mula mendapat sambutan dan daripada penduduk setempat dan luar. Beliau sering datang ke Pusat Ekonomi Digital memohon petugas memberikan tunjuk ajar sekiranya beliau ingin membuat sesuatu promosi, serta meminta pandangan dan pendapat untuk meningkatkan mutu perhikmatan dan sebagainya. Kebanyakkan orang mengetahui perniagaan beliau melalui facebook, Instagram, Whatsapp dan sebagainya Keuntungan beliau sebulan mencecah RM500.00 kerana ini perniagaan sampingannya. Setelah penglibatan beliau dengan Pusat Ekonomi Digital jualan yang amat memberansangkan lagi dengan beliau mempraktikkan apa yang telah diberi tunjuk ajar serta beliau sering mencari kelainan dalam perniagaan beliau.

 

CELIK IT AHMAD NAUFAL ABQARY BIN AHMAD FAHMY 

Nama : Ahmad Naufal Abqary Bin Ahmad Fahmy
Umur : 11 Tahun
Ahli : 2022

 

Latar belakang

Ahmad Naufal merupakan seorang pelajar darjah lima yang cerdik, pantas dan komited. Beliau merupakan pelajar dari Sekolah Kebangsaan Sungai Korok. Beliau mendaftar sebagai ahli kerana berminat untuk mengikuti kelas asas komputer di PEDi di mana tiada caj yang dikenakan selain bayaran RM5 seumur hidup. Semangat beliau untuk mempelajari kelas-kelas komputer yang dianjurkan oleh PEDi sangatlah tinggi dan mendalam. Meskipun jadual  sekolah beliau sentiasa padat namun beliau komited dengan sentiasa menghadiri kelas komputer yang diadakan pada setiap hari sabtu dan ahad mengikut jadual yang disusun oleh PEDi. Pada asalnya beliau boleh dikatakan hanya mengetahui asas-asas IT saja tetapi setelah menghadiri kelas-kelas yang diadakan di PEDi beliau mahir menggunakan peralatan komputer dan mengetahui asal-asas penggunaan komputer dan boleh melakukan kerja sekolah dengan menggunakan komputer.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Ahmad Naufal tidak mempunyai sebarang ilmu asas penggunaan komputer dan memerlukan bimbingan petugas untuk melaksanakan sesuatu tugasan yang diberi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Petugas memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada Ahmad Naufal untuk menggunakan aplikasi power point dan CANVA. Beliau dapat menyempurnakan segala tugasan yang diberikan dengan baik dan dapat memberi tunjuk ajar kepada rakan kelas yang lain. Selain mahir menggunakan komputer, beliau dapat menghasilkan poster serta slide pembentangan yang menarik menggunakan aplikasi CANVA.


 

CELIK IT NUR AINA SYIFA BINTI AZAHRI

Nama : Nur Aina Syifa Bt. Azahri
Umur : 15 Tahun
Ahli : 2023

 

Latar belakang

Aina Syifa merupakan seorang pelajar tingkatan tiga di SMK Pondok Upeh Balik Pulau . Semangat beliau untuk mempelajari kelas-kelas komputer yang dianjurkan oleh PEDi sangatlah tinggi dan mendalam. Meskipun jadual sekolah beliau sentiasa padat namun beliau komited dengan sentiasa menghadiri kelas komputer yang diadakan pada setiap hari   sabtu dan ahad mengikut jadual yang disusun oleh PEDi. Pada asalnya beliau boleh dikatakan hanya mengetahui asas-asas IT saja tetapi setelah menghadiri kelas-kelas yang diadakan di PEDi beliau mahir menggunakan peralatan komputer dan mengetahui asal-asas penggunaan komputer dan boleh melakukan kerja sekolah dengan menggunakan komputer.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Aina Syifa tidak mempunyai sebarang ilmu asas penggunaan komputer dan memerlukan bimbingan petugas untuk melaksanakan sesuatu tugasan yang diberi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Petugas memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada Aina Syifa untuk menggunakan aplikasi Microsoft word dan Prexi. Beliau dapat menyempurnakan segala tugasan yang diberikan dengan baik dan dapat memberi tunjuk ajar kepada rakan kelas yang lain. Selain mahir menggunakan komputer, beliau dapat menghasilkan surat kiriman rasmi yang mengikut format serta slide pembentangan yang menarik menggunakan aplikasi Prexi.

 

photo_2023-04-28_08-55-52.jpg 


 

USAHAWAN HENNA

Nama : NUR FARHANA BINTI BAKRI
Umur : 27 Tahun
Ahli : 2022

 

Latar Belakang

Puan Farhana merupakan seorang usahawan PEDi Taman Prestij. Beliau mula berkecimpung dengan lukisan Henna sejak di bangku sekolah lagi. Minat beliau membuahkan hasil apabila perniagaanya dikenali ramai serta beliau sudah melukis henna kepada artis dan sebagainya. Perniagaan beliau dikenali seluruh Balik Pulau dan negeri lain.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan 

Sebelum beliau melibatkan diri dengan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Taman Prestij II, beliau kurang mahir akan ICT  serta cara untuk membuat promosi di media sosial serta langkah yang betul untuk perniagaan yang beliau usahakan. Malahan  kurang mendapat sambutan pembelian daripada pelanggan mungkin kerana dari segi promosi tiada.
 
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan

Melalui kelas-kelas yang telah Petugas aturkan iaitu latihan Fb page, rekabentuk poster, latihan ict, kelas tiktok dan pelbagai kelas dianjurkan yang dibimbing oleh para Pengurus Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia. Berkat semangat beliau mempelajari sedikit sebanyak dapat membantu beliau dalam urusan perniagaan dan cara mempromosikannya didalam facebook, whatsapp serta instagram.  Perniagaan beliau mula mendapat sambutan dan daripada penduduk setempat dan luar. Beliau sering datang ke Pusat Internet memohon petugas memberikan tunjuk ajar sekiranya beliau ingin membuat sesuatu promosi, serta meminta pandangan dan pendapat untuk meningkatkan mutu perhikmatan dan sebagainya. Kebanyakkan orang mengetahui perniagaan beliau melalui facebook, Instagram, whatsapp, dan sebagainya. Keuntungan beliau meningkat mencecah 1000 sebulan. Setelah penglibatan beliau dengan PEDi jualan yang amat memberansangkan lagi dengan beliau mempraktikkan apa yang telah diberi tunjuk ajar serta beliau sering mencari kelainan dalam perniagaan beliau.